11 October, 2010

Sebelum Sukarela, Mesti Ambil Peduli Dahulu


Titah Tengku Mahkota Pahang pada Majlis Konvokesyen UMP kali ke 5 memang tepat pada masanya. Antara lain baginda menyatakan bahawa generasi muda perlu diterapkan semangat sukarelawan dalam usaha menjadikan mereka lasak minda dan mempunyai daya tahan bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Baginda juga menegur sikap sesetengah mahasiswa yang seolah-olah tidak mahu menerima cabaran yang menguji ketahanan dan kelasakan diri. Justeru, baginda menyeru pihak pengurusan universiti menjadikan aktiviti sukarelawan sebagai agenda utama yang perlu diperkasa bagi membangunkan potensi dan bakat mahasiswa di institusi tersebut.

Kegiatan kesukarelaan mempunyai tempat yang tersendiri dalam masyarakat. Ianya menggambarkan tahap sikap saling peduli dan prihatin di kalangan anggota masyarakat itu sendiri. Sebab itu, apabila membicara soal sukarela, kita mesti menyemak juga tahap kepedulian yang ada dalam diri setiap individu.

Ini kerana motivasi untuk bertindak secara sukarela diukur daripada tahap peduli seseorang. Jika ia sentiasa mengambil kisah mengenai apa yang berlaku di sekeliling - apatah lagi mengenalpasti permasalahan yang berlaku dalam masyarakat, maka secara sukarela dia akan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Mengambil peduli hal masyarakat tidak wajar disamakan dengan menjaga tepi kain orang lain pada sudut yang negatif. Ianya harus disingkap daripada sudut pandang yang lebih murni. Semuanya bertujuan untuk mewujudkan hubungan silaturrahim yang lebih baik apabila kita mengetahui apa yang berlaku di sekeliling. Mengambil peduli juga akan menjadikan kita lebih memahami persekitaran kita.

Selepas kenal, kita akan memahami. Selepas faham kita akan beranjak kepada saling bantu-membantu jika berlaku kesulitan.

Tetapi sikap ambil peduli tidak wujud dalam diri semua orang. Lebih-lebih lagi generasi muda masa kini yang hanya sibuk dengan ambil peduli secara maya serta sikap aku-aku engkau-engkau yang dibentuk oleh persekitaran masa kini.

Maka, eloklah kita latih anak muda untuk ambil peduli apa yang berlaku di sekeliling. Insya ALlah, apabila mereka sudah ambil peduli, secara sukarela mereka akan melibatkan diri dalam gerak kerja kemasyarakatan tanpa perlu dipaksa - dengan jam kredit atau markah bonus.

8 maklum balas:

zulkbo said...

Sala saudara..
saya setuju dengan langkah ini..
tapi berapa ramai yang nak betul bersukarela..kebanyakkan mengharapkan sesuatu sebagai balasan..

Nur Yani said...

Salam Abang Ngah,

masyarakat kita dah menuju ke arah individualistik dan berprinsip gaining pleasure and avoid pain ( hedonism)...tahniah untuk awak....tidak jemu-jemu menyumbang kepada masyarakat

Webmaster@Echam said...

Tak ramai dr kita yg nak sukarela. Yang ramai nak sukadibayar....

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, sy setuju dgn Nur Yani, sikap individuliastik smakin menebal dlm msyarakat kita. Yang nmpknya mngambil berat, ada juga yg plastik, semoga Allah sntiasa mrahmati usaha yg anda lakukan... Amin.

Hisyam Muhibah said...

zulkbo - memang tak ramai yang sukarela. tapi saya yakin kasih ada segelintir yang sukarela.

Hisyam Muhibah said...

Yani - pangil aku abang Ngah macam makcik Pah lah pulak.. faham individualistik dan suka selesa persetan susah tu memang menghantui.. kena kerja banyak lagi untuk gilap tenaga2 baru sukarelawan pada masa depan

Hisyam Muhibah said...

Echam - sukarela vs 3T (t-shirt, topi, tambang)

Hisyam Muhibah said...

Sari - mengambil berat yang plastik lagi bahaya daripada tak mengambil berat langsung. tenkiu. boleh jadi tajuk untuk entri seterusnya

Post a Comment

Powered by Blogger.