16 October, 2010

Tahniah Graduan KIPSAS


Setinggi ucapan TAHNIAH kepada graduan KIPSAS sempena Majlis Konvokesyen KIPSAS ke 9 yang diadakan pada hari ini dan esok. Penat lelah menuntut ilmu terbalas dengan pengiktirafan dalam segulung diploma. Insya ALlah ilmu yang ditimba akan menjadi pedoman hidup di masa hadapan.

Bercakap mengenai konvokesyen, saya petik ucapan Ybhg. Dato' Dr. Siddiq Fadzil (Presiden Kolej Darul Hikmah) bertajuk "Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Harus Selamanya Non-Partisan" yang merupakan ucapan beliau dalam Majlis Konvokesyen KDH kali ke 14. Antara lain beliau menyebutkan :

Kami tidak cuma menganugerahkan selembar diploma yang berakreditasi dan diakui, tetapi lebih daripada itu ia juga mengamanahkan sebuah misi, memerdekakan jiwa, membuka minda, memperkasa bangsa. Memang bekalan ilmu yang sempat kami berikan tak seberapa, tetapi cukuplah sebagai modal untuk pengembangan seterusnya.

Sekali lagi, yang sempat kami berikan hanya setitik, tetapi hargailah dengan selayaknya, siapa tahu dengan izin ALlah, satu ketika yang setitik itu akan menjadi selaut. Kami sedar yang sempat kami bekalkan hanya sekepal, tetapi hargailah dengan selayaknya, siapa tahu, dengan izin ALlah, yang sekepal itu akan menjadi segunung.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.