07 November, 2010

Apabila Kecemasan; Jiran Dahulu, Saudara Kedua


Perubahan dalam struktur masyarakat masa kini menjadikannya sangat jauh berbeza berbanding masa lalu. Realiti sekarang anggota masyarakat majoritinya bekerja suami dan isteri. Anak pula dihantar ke pusat penjagaan atau sekolah. Situasi ini memang wujud di taman-taman perumahan pada masa sekarang.

Situasi ini ditambah pula dengan anggota masyarakat yang merantau mencari rezeki. Kerjayanya hanya wujud di tempat lain yang jauh daripada lingkaran keluarga dan sanak saudara. Ini menyebabkan mereka tinggal berjauhan daripada keluarga dan sanak saudara walaupun hubungan adalah rapat dan akrab.

Bukannya tiada semangat kejiranan atau sikap individualistik. Tetapi kesibukan berkerja membataskan pergaulan sesama jiran tetangga. Maka, disebabkan jarang bertemu, sudah tentu ada perkembangan semasa yang terjadi kepada jiran tetangga tidak sampai ke pengetahuan jiran yang lain. Apatah lagi jika tiada yang prihatin untuk menyebarkannya.

Dalam situasi berhadapan dengan kecemasan - samada kesihatan, bencana alam, pencerobohan, sudah tentu bantuan diperlukan segera. Situasi seperti ditimpa kesakitan, rumah dimasuki pencuri, kemalangan dalam rumah memang boleh berlaku tanpa dijangka. Maka sudah tentulah, bantuan segera sangat-sangat berharga.

Apa pilihan yang ada? Yang pertama, hubungi jiran minta bantuan. Kedua, hubungi jiran minta bantuan. Dan ketiga, hubungi jiran minta bantuan. Tidak perlulah menghubungi sanak saudara yang jauh untuk meminta bantuan.

Namun, bantuan segera jiran tetangga juga akan lebih berkesan jika hubungan kejiranan adalah erat. Sikap saling mengambil tahu sesama jiran adalah asasnya. Keprihatinan dan cakna dengan perkembangan jiran tetangga akan menggerakkan hati untuk cepat menghulurkan bantuan.

Justeru, tidak boleh tidak, hubungan kejiranan harus diwujudkan dan dikukuhkan. Ada dua cara yang realistik. Pertama, solat berjemaah di surau/masjid dan kedua menghidupkan persatuan penduduk atau KRT yang ada pada masa sekarang.

Nota : klik gambar untuk ucap terima kasih kepada tuannya.

9 maklum balas:

Suara Kalbu said...

Salam tuan,

Jiran di hadapan pintu rumah saya, seringkali culas untuk senyum dan bertegur sapa dengan kami suami isteri walaupun sudah lenguh mulut kami menyapa dan senyum pada mereka tatkala terserempak ketika mahu keluar bekerja. Bulan puasa saya hantar juadah untuk berbuka memandangkan hanya dia saja jiran melayu dan 2 pintu rumah yang lain berbangsa cina. Tapi aneh.. tidak berbekas sedikit pun di hati mereka untuk setidak-tidaknya senyum mesra

Hisyam Muhibah said...

Suara Kalbu - itulah sikap manusia sekarang. Namun, apa yang penting ialah apabila berlaku kecemasan dan perlukan bantuan segera. Maka, jiran lah tempat mengadu bantuan.

zulkbo said...

salam..
saya setuju entri ni..
jiran di dahulukan baru
saudara mara..tapi di bandar
susah nak cari jiran yang
kena dengan hati..macam2
perangai manusia..

Hisyam Muhibah said...

en. zulkbo ~~ ulasan anda boleh dibuat topik baru dalam entri akan datang. TQ.

Webmaster@Echam said...

Kat bandar skang ni Jiran dah berkonsepkan Aku Aku, engkau engkau... Tu yang payoh tu...

Hisyam Muhibah said...

Echam ~~ betul tu. boleh jadi topik baru untuk entri seterusnya.

akuanakpahang said...

Saya sokong semangat kejiran sepatutnya dipupuk terkadang walaupun setmn malangnya tidak kenal siapa. Memadai juga kalau kita memberi sedikit senyuman.. apa hal esok jiran juga yang kita cari.

humbleyat said...

setuju sangat jiran ni penting...
alhamdulilah tempat saya walaupun majoriti berbangsa cina, dan minoriti melayu, merekka saling membantu.

bayangkan jiran saya india dan cina, dua2 baik sangat, rasa semangat 1malaysia tu sentiasa ader.

sayangkan jiran2 sy...:)

Hisyam Muhibah said...

En. Yassin AAP ~ TQ atas respon. kena ada usaha diri sendiri untuk tingkatkan hubungan kejiranan. jangan tunggu orang lain.

Humbleyat ~ Tahniah. kekalkan hubungan baik sesama jiran

Post a Comment

Powered by Blogger.