12 November, 2010

Bantuan Pasca Banjir; Mungkin Terlepas Pandang


Keadaan banjir di utara khususnya semakin pulih. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara memberitahu jumlah keseluruhan mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan banjir sehingga 5 petang semalam berkurangan kepada 5,103 orang berbanding 11,495 orang semalam (Utusan 12/11/10).

Mangsa-mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sudah mula pulang ke rumah masing-masing. Dan kini bermulalah episod ketiga bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang mesti digerakkan. Episod pertama semasa pemindahan dan penempatan. Episod kedua semasa berada di pusat pemindahan.

Selepas menyemak berita-berita yang dipaparkan, kita boleh berasa lega kerana rakyat Malaysia memang prihatin. Sentiasa bersiap sedia untuk membantu sesiapa sahaja yang ditimpa musibah. Bencana banjir umpamanya, memang Majlis Keselamatan Negara berjaya menyelaraskan semua bentuk bantuan bersama dengan jabatan-agensi kerajaan, NGOs serta kumpulan-kumpulan masyarakat/pelajar.

Apabila banjir sudah surut, bantuan kemanusiaan perlu ditumpukan ke lokasi banjir telah berlaku. Pertamanya, elok juga ada bantuan segera berupa bahan mentah untuk makanan. Pada masa ini, mangsa banjir sudah tidak lagi menerima bantuan makanan seperti di pusat pemindahan. Elok juga mana-mana pihak menghulurkan beras, minyak masak, gula, teh, sardin, biskut, dan lain-lain untuk dijadikan bantuan segera bagi mengisi perut.

Keduanya, bantuan membersihkan rumah-rumah mangsa banjir. Ini memang benar-benar dilakukan oleh NGOs dan kumpulan-kumpulan masyarakat/pelajar. Mungkin tidak semua rumah dapat dibantu. Namun, ianya boleh dilihat dimana-mana lokasi banjir yang telah surut. Bantuan untuk membersihkan peralatan rumah, membersihkan lantai dan dinding rumah serta mengemas halaman rumah.

Ketiganya, bantuan membersihkan kemudahan-kemudahan awam. Ini yang seringkali terlepas pandang. Surau, masjid, dewan orang ramai, balai raya, tadika dan sekolah seringkalai terlepas pandang. Ini kerana keluarga-keluarga mangsa akan menumpukan untuk membersihkan rumah sendiri dahulu. Sebab itu bantuan-bantuan daripada NGOs dan kumpulan masyarakat/pelajar elok juga ditumpukan di kemudahan-kemudahan awam sebegini.

Keempat, bantuan sokongan moral perlu diteruskan. Tidak bermakna apabila mangsa sudah pulang ke rumah, segala masalah telah selesai. Ternyata ada mangsa yang trauma, terkejut, stress dan kemurungan kerana masalah banjir. Terutama yang pertama kali ditimpa musibah ini. Maka, sokongan moral, kaunseling dan khidmat nasihat diperlukan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.

Kelima, bantuan kerohanian juga perlu diusahakan. Elok juga ada pihak yang menganjurkan majlis solat hajat dan ceramah-ceramah agama mengisi jiwa. Solat hajat memohon supaya bencana ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Ceramah-ceramah agama untuk dijadikan muhasabah terhadap apa yang telah berlaku. Paling penting ialah kefahaman bahawa semua bencana adalah ketentuan ALlah SWT. Kita harus menerimanya dengan hati terbuka. Kembali semula kepada ALlah untuk memohon bantuan dalam meneruskan kehidupan seterusnya.

6 maklum balas:

relevan said...

Begitulah bergotong royong amalan mulia..

akuanakpahang said...

Semangat tolong menolong dan berkerja sama ini amatlah diharapkan dimusim seperti ini.

zulkbo said...

salam..
nasihat dan panduan yang
berguna dalam persiapan
menghadapi banjir..

Hisyam Muhibah said...

relevan ~ gotong royong kunci muafakat

Hisyam Muhibah said...

en. yassin AAP ~ semasa susah manusia lebih mudah untuk tolong menolong

Hisyam Muhibah said...

en. zul ~ banjir berlaku setiap hujung tahun. patutnya dah ada dokumentasi panduan untuk membuat kerja2 khidmat masyarakat semasa banjir

Post a Comment

Powered by Blogger.