27 November, 2010

Berwaspada Dengan Aktiviti Luar Semasa Musim Tengkujuh


Selepas banjir besar di Perlis dan Kedah surut, kita masih terus berada dalam keadaan berjaga-jaga. Walaupun masih belum berlaku gelombang kedua yang besar, tetapi banjir-banjir kecil sudah berlaku di beberapa tempat yang berdekatan dengan tebing sungai. Dalam masa yang sama, hujan lebat dan sederhana lebat masih turun walaupun tidak terlalu lama. Paras air sungai terus dipantau dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, kita juga perlu berwaspada jika menganjurkan aktiviti luar atau outdoor pada musim tengkujuh ini. Ini kerana malang selamanya tidak berbau. Keseronokan aktiviti yang diharapkan boleh bertukar tragedi. Berikut aktiviti-aktiviti luar yang perlu diberikan perhatian serius berkenaan keselamatan jika hendak dianjurkan juga.

  1. Aktiviti Berkonvoi Kenderaan. Perlu pastikan kenderaan diservis dengan sebaik-baiknya. Tayar juga adalah sesuai jika perjalanan perlu menempuh hujan yang lebat. Kemalangan boleh berlaku di jalan raya atau lebuh raya dalam cuaca hujan yang lebat kerana masalah jarak penglihatan yang pendek, kerosakan jalan (lubang) yang ditutupi oleh air hujan serta cara pemanduan yang kurang cermat oleh pemandu lain.
  2. Aktiviti Perkhemahan. Banyak program cuti sekolah berbentuk camping, mukhayyam atau berkhemah. Tempat yang menjadi pilihan ialah tapak perkhemahan, pantai, atau kem latihan di pinggir hutan. Berkhemah dalam cuaca hujan lebat memang sangat mencabar. Sudah tentu tiada keselesaan selain daripada aktiviti yang dirangka akan terganggu. Hujan lebat juga boleh menyebabkan pokok tumbang atau dahan patah. Selain daripada permukaan tapak yang licin boleh menyebabkan kecederaan peserta.
  3. Aktiviti Jungle-Treking. Merentas desa, mencari hulu sungai, memanjat bukit, mendaki gunung, compass bearing dan yang seumpamanya. Pergerakan peserta akan terganggu jika hujan turun. Masalah permukaan jalan yang licin juga perlu diambil kira. Selain daripada kemungkinan sesat di tengah-tengah hutan kerana hujan mengaburi laluan.
  4. Aktiviti rekreasi mandi sungai dan air terjun. Walaupun hujan tidak turun di lokasi mandi manda, itu tidak bermakna situasi adalah selamat. Perlu diingat, jika hujan lebat di hulu sungai, arus aliran air sungai akan menjadi deras dan banyak. Sudah tentu ia akan menghentam hilirnya atau lokasi yang menjadi tempat mandi manda. Air terjun juga menjadi lebih berisiko jika ada aliran air sungai yang besar dari hulunya.
  5. Aktiviti mandi laut. Pastikan anda mematuhi amaran bendera merah yang dinaikkan di tepi pantai. Jika keadaan ombak adalah menggerunkan, janganlah menyerahkan diri untuk menjadi korban ombak tersebut. Pastikan anda juga tahu keadaan fizikal pantai tersebut. Ini kerana tidak semua pantai adalah landai sehingga ke tengah laut. Kebiasaannya, laut akan menjadi dalam kerana kerja-kerja mendalamkan pantai tersebut.
  6. Yang lain-lain, silalah tambah ye..
Kesimpulannya, bukanlah tidak boleh melakukan aktiviti luar, tetapi pastikan segala keselamatan sudah dipatuhi. Elakkan menjadi korban kerana kecuaian diri sendiri.

Nota : klik gambar untuk tengok sumbernya.

4 maklum balas:

akuanakpahang (AAP) said...

Pendek katanya usah cari pasal di musim pejor nei yek.. duduk derumoh lagi bages makan tido lagi best yek :)
Entri Terbaru "Susahlah saya, kalau nak jadi orang kolompo"

zulkbo said...

salam...
setuju sangat2 nasihat
saudara ini...berhati2 lah
kita tak mahu kegembiraan
bertukar menjadi berita sedih

Khairy said...

banyak nye aktiviti tak leh bt....cmtu duk umah je la

Hisyam Muhibah said...

En. Yassin AAP ~ kalau cuaca baik, boleh saja buat aktiviti luar.

En. Zul ~ beringat sentiasa di masa senang dan susah

Khairy ~ bukan tak boleh buat, cuma perlu lebih berwaspada. Kalau cuaca OK, buat je lah aktiviti luar.

Post a Comment

Powered by Blogger.