22 November, 2010

Bolehkan NGO Kekal Non-Partisan Di Dalam BN?


Entri ini masih lagi mengenai keahlian terbuka yang ditawarkan Barisan Nasional (BN). Sebagai sambungan kepada entri sebelum ini yang mahu meneka-neka siapakah orang pertama dan apakah NGO pertama yang akan memohon untuk menjadi ahli BN secara terus. Ternyata, topik ini akan menjadi pilihan utama forum, analisis, tajuk artikel, sehinggalah kepada pengkaji-pengkaji politik di kedai kopi.

Jika yang memohon itu orang perseorangan, ianya tidak menjadi 'news'. Ini kerana mungkin ada yang mahu menjadi ahli BN secara terus. Jika yang memohon itu parti politik, itu juga nampaknya biasa. Ini kerana memang terdapat parti-parti politik kecil yang mahu bernaung di bawah BN.

Tetapi, yang akan menjadi tajuk utama muka depan akhbar jika yang memohon itu adalah persatuan ataupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mengapa agaknya?

Umumnya, NGO ditubuhkan bagi menjalankan fungsi-fungsi khusus yang tidak dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Tugas-tugas seperti advokasi, latihan dan pembangunan, pembudayaan dan penghayatan, khidmat nasihat, khidmat masyarakat, dan lain-lain adalah sinonim dengan NGO. Dalam arus politik negara, NGO juga menyuarakan pandangan berprinsip mereka secara Non-Partisan supaya manafaat akan kembali kepada rakyat terbanyak.

Namun, jika ada NGO yang akan menjadi ahli gabungan kepada BN nanti, ke manakah akan diletakkan orientasi Non-Partisan mereka? Tidak mungkin akan berlaku, ahli gabungan akan mengkritik parti atau kumpulan yang dianggotainya sendiri. Tetapi, mungkin juga pendekatan BN adalah berbeza dalam meraikan ahli gabungan mereka daripada kalangan NGO.

Apa-apa pun, kita tunggu perincian dan tafsiran yang akan diberikan kepada 'Ahli Gabungan' BN daripada kalangan NGO ini. Setakat mesyuarat Dewan Tertinggi BN kelmarin, hanyalah persetujuan untuk menawarkan keahlian terus sahaja.

Jika perinciannya nanti, BN membenarkan NGO terus berpegang kepada prinsip dan orientasi mereka dan dalam masa yang sama NGO tersebut boleh terus bersuara secara kritis kepada BN, ini sudah tentu akan menarik minat NGO untuk menyertai BN. Bermakna, kekal dengan orientasi dan gerak kerja sedia ada, tetapi boleh berperanan "dari dalam", walaupun akhirnya pasti akan menjurus kepada orientasi partisan juga.

Kita tunggu dan lihat.

2 maklum balas:

akuanakpahang (AAP) said...

Salm zairah singgh dtg bace entri :)

Jom Singgah ke akuanakpahang "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."

Hisyam Muhibah said...

terima kasih kerana menyinggah

Post a Comment

Powered by Blogger.