21 November, 2010

Domino Fantasy Football; 19 Mata Minggu Pertama

Klik imej untuk mula menjadi pengurus terbaik.

Entri kali ini santai saja. Asyik entri yang serius nanti hilang pembaca pulak blog ni.. haha..

Semenjak dua menjak ini saya layan Domino Fantasy Football. Permainan atas talian ini memerlukan pemainnya menjadi pengurus kepada pasukan bolasepak Liga Perdana Inggeris. Matlamat utamanya ialah mengumpul sebanyak mata yang boleh setiap minggu.

Mata akan diperoleh berdasarkan pemain-pemain yang dipilih untuk pasukan sendiri. Setiap pemain yang dipilih akan diberikan (atau ditolak) mata berdasarkan permainan sebenar mereka di atas padang.

Apa yang menariknya ialah hadiah yang ditawarkan. Pemenang bulanan berdasarkan mata tertinggi akan memenangi hadiah pizza Domino yang dibekalkan secara percuma selama setahun! Pemenang Pengurus Terbaik setiap musim pulak akan memenangi RM10,000.

Sesiapa yang berminat dan mahu maklumat lanjut serta menubuhkan pasukan impian anda sendiri, silalah klik di sini Domino Fantasy Football untuk menjadi pengurus terhebat musim ini.

Kedudukan pasukan saya pada nombor 1562

Pasukan dan pemain pilihan Muhibah FC

Sekali lagi, sesiapa yang berminat untuk menjadi pengurus pasukan Liga Perdana Inggeris pilihan anda, sertai permainan ini dengan klik di sini Domino Fantasy Football.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.