23 November, 2010

Khabar Angin Mensensasikan Kehidupan


Menurut Utusan, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menafikan akan berlaku rombakan Kabinet sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak kebelakangan ini. Perdana Menteri menyifatkan desas-desus perkara itu termasuk kemungkinan berlakunya pilihan raya umum dalam masa terdekat, sebagai khabar angin semata-mata.

Menurut Mustafa Hj. Daud dalam bukunya Tamadun Islam terbitan tahun 1991, beliau menjelaskan bahawa khabar-khabar angin yang tidak berdasarkan kepada bukti nyata yang selalu menimbulkan kucar-kacir dan ketidakselarian di dalam masyarakat. Tambahnya lagi, penyebar khabar angin yang palsu dianggap sebagai penjenayah yang amat tidak digemari oleh ALlah SWT.

Namun, yang disensasikan ini adalah khabar-khabar angin mengenai politik negara. Seringkali kali juga jangkaan terhadap politik negara adalah tidak tepat dan seringkali juga mengejutkan. Makanya, ada rombakan atau tidak, ada pilihanraya awal atau tidak, masih lagi menjadi tanda tanya. Nampak sedikit ironi apabila sejak kebelakangan ini desas-desus mengenai rombakan kabinet dan pilihanraya umum awal sangat banyak diperkatakan. Tetapi, nampaknya sudah dipatahkan oleh kenyataan PM sendiri semalam.

Apa-apa pun, teruslah sambung buat kerja di pejabat tu, jangan dok asyik bersensasi dengan khabar angin sahaja :-)

8 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
selalunya yang khabar angin
tu la nak umum nanti..nak
saspen la tu..

Hisyam Muhibah said...

en. zul ~ you got my point :-) politic is full of suspense

Suara Kalbu said...

Salam,

Politik ni sangat unpredictable. Isu tak akan habis disensasikan oleh rakyat. Berdentam dentum di kedai kopi hatta di meja pejabat sekalipun.

Khabar-khabar angin selalunya akan mengundang minat untuk diperkatakan.

Yang disana tambah gulanya, yang disini tambah garamnya.Akhirnya.. asyik benar bersensasi dengan khabar angin, kerja pun tak jalan, produktiviti pun tak ada.

Hisyam Muhibah said...

Suara Kalbu ~ khabar angin politik ni macam lain sikit, sebab diperkatakan oleh banyak orang. daripada pendebat2 kedai kopi sehinggalah kepada profesor universiti bidang sains politik. maknanya, kalau prof sain poliitk pun membuat khabar angin (baca: jangkaan) politik, maka ianya bukanlah benda2 yang boleh dipandang sepi.

Jejaka Desa said...

Kabor angin ter la yang suke sangat orang nok tau.Kene pulok yang sepoi2 bahase.Kalau angin puting beliung ter kurang sikit sebab cepat abih...

Hisyam Muhibah said...

Jejaka Desa ~ kita tungguuu je lah menjadi ke tak kabar angin gitu

akuanakpahang (AAP) said...

Betul pepatah melayu tu kabor "kalau tak de angin pokok tak goyang" keknya kalau ada org mengegornya entahlah :)

Hisyam Muhibah said...

En. Yassin AAP ~ daripada terus meneka-neka, kita harap dan berdoa yang terbaiklah untuk semua pihak..

Post a Comment

Powered by Blogger.