29 November, 2010

Makan Dan Status Kehidupan


Makan adalah keperluan hidup. Kita perlu makan supaya tubuh badan mempunyai tenaga yang cukup dan seimbang bagi menjalani kehidupan setiap hari. Menariknya, makan boleh menentukan status kehidupan seseorang itu.

Ianya tersirat di dalam 3 soalan berikut :
  1. Apa yang hendak dimakan hari ini?
  2. Di mana hendak makan hari ini?
  3. Nak makan siapa hari ini?
Soalan (1) merujuk kepada orang yang susah, miskin dan tidak berkemampuan. Mereka terpaksa memilih apa yang hendak dimakan berdasarkan kepada kemampuan mereka - mampu beli atau tidak? Jika kewangan tidak mengizinkan, mereka terpaksa memilih 'apa' yang mampu sahaja dan terpaksa korbankan 'apa-apa' yang lain. Mungkin sampai peringkat mereka tidak makan langsung kerana tiada duit! Kasihan mereka yang sebegini.

Soalan (2) merujuk kepada orang yang sederhana atau senang. Setiap hari mereka akan bertanyakan tempat untuk mereka menjamu selera. Tempat yang dipilih akan menentukan menu dan juadah serta harganya. Kalau yang senang sedikit, hotel 5 bintang menjadi pilihan - harganya mahal sedikit dan menunya juga sedap sedikit. Jika tidak, mereka memilih untuk makan di tempat-tempat lain yang mereka mampu untuk membayarnya. Mereka yang sebegini ramai kelihatan dalam masyarakat kita.

Soalan (3) merujuk kepada orang yang kaya raya dan sentiasa berfikir untuk menambahkan kekayaan mereka. Mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga 'memakan' orang lain yang tidak berkemampuan. Janganlah kita menjadi seperti golongan ini.

Begitulah pemerhatian kepada manusia dan dunia. Maka elok juga kita tambahkan soalan yang ke 4 iaitu : "Hari ini hendak bagi makan kepada siapa?". Insya Allah hidup kita akan terus diberkati.

Nota : klik gambar untuk ucap terima kasih

7 maklum balas:

akuanakpahang (AAP) said...

Salam sahabat..
Moralnya kata org tu biarlah makan utk hidup jagn hidup utk makan. Keje makan2 nei mmg best no 1 :)
New Entry "Carilah Calon Blog Personal Suami Pilihan Anda."

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

yang pasti berhenti makan sebelum kenyang.

rasanya itu tuntutan..

Sari Yusa Ibrahim said...

cerita pasal makan memang tak pernah habis, sebab tulah ada istilah hidup untuk makan atau makan untuk hidup.. artikel yang menarik..

zulkbo said...

salam...
realitinya kita di Malaysia
mati kerana terlebih makan..
penyakit datang dari pemakanan yang terlampau dan tidak sihat

Hisyam Muhibah said...

Entri ini mengenai falsafah dan perlambangan antara makan dengan kekayaan atau kemiskinan seseorang. Terima kasih atas ulasan semua.

humbleyat said...

hmm betul juga tu..cara bertanya pun merupakan satu personaliti tahap kehidupan masing2..

tapi paling suka rumusan :hari ni hendak bagi makan kepada siapa?

great idea!;)

(One) SiTi* said...

datang berjalan dan follow sekali

Post a Comment

Powered by Blogger.