21 November, 2010

Siapakah Yang Pertama Akan Memohon?


Petang hujung minggu bicara sedikit perihal politik negara. Semalam, dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah diputuskan untuk membuka keahlian terus kepada BN. Tidak lagi perlu menjadi ahli kepada parti komponen jika mahu menjadi ahli kepada BN. Keahlian ini dinamakan 'Ahli Bersekutu'.

Ini bermakna, BN akan meminda perlembagaannya bagi membolehkan keahlian jenis baru ini dilaksanakan. Selain keahlian terus, BN juga membuka keahlian kepada pertubuhan politik, persatuan, NGO untuk memohon sebagai 'Ahli Gabungan'. Di samping itu juga, diperkenalkan juga 'Kelab Sahabat BN' dan 'Kelab Rakan Muda BN'.

Pelbagai tafsiran boleh dibuat terhadap 'move' terbaharu yang dibuat BN ini. Sudah tentu, tafsiran akan dipengaruhi oleh sentimen dan perspektif yang pelbagai. Akhirnya, hanya BN yang akan menerima manafaat atau musibah daripada keputusan mereka semalam.

Persoalannya sekarang, siapakah ahli pertama yang akan memohon menjadi 'Ahli Bersekutu' dan NGO manakah atau persatuan manakah yang akan memohon menjadi 'Ahli Gabungan' BN yang baru ini. Sama-sama kita nantikan.

2 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
saya belum menjadi ahli mana2
parti politik..selesa berada atas
pagar je..

Hisyam Muhibah said...

En. Zul ~ orang di atas pagar juga ada peranan besar, iaitu undi yang dipangkah itu. Orang atas pagar lah yang menjadi tumpuan parti2 politik. Tidak menjadi ahli parti takde masalah, yang penting daftar pemilih dan turun buang undi semasa pilihanraya.

Post a Comment

Powered by Blogger.