01 November, 2010

Wajarlah Kita Gunakan Air Ambulance


Kejadian kemalangan jalan raya berlaku setiap hari. Malah dalam sehari ratusan kemalangan jalan raya dicatatkan. Lebih menyedihkan apabila berlakunya kehilangan nyawa. Apatah lagi kalau bilangan mangsa terkorban adalah besar bilangannya.

Mutakhir ini, kita dihidangkan dengan berita kemalangan melibatkan bas ekspress. Mangsa terkorban ramai. Berlaku pula di lebuh raya. Kenderaan lain yang menggunakan lebuh raya juga banyak. Apabila kemalangan berlaku, kesesakan juga berlaku. Kenderaan tidak boleh bergerak. Laluan sebelah juga mungkin akan sesak kerana pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian.

Yang menjadi masalah ialah pasukan kecemasan yang datang untuk membantu juga akan tersekat di dalam kesesakan. Lewat tiba di tempat kejadian akan menyebabkan lebih ramai mangsa akan terkorban. Orang ramai yang berada di tempat kejadian memang boleh membantu. Tetapi mereka tiada kepakaran dan alatan yang sesuai.

Maka, sudah mula dicadangkan supaya negara kita menggunakan perkhidmatan ambulan helikopter. Terutamanya untuk tiba di tempat kejadian dalam kesesakan yang tidak mungkin ambulan biasa boleh sampai dengan segera.

Elok juga dirujuk kepada Wikipedia mengenai takrif 'Air Ambulance' :
"An air ambulance is an aircraft used for emergency medical assistance in situations where either a traditional ambulance cannot reach the scene easily or quickly enough, or the patient needs to be transported over a distance or terrain that makes air transportation the most practical transport. These and related operations are referred to as Aeromedical. Air ambulance crews are supplied with equipment that enables them to provide medical treatment to a critically injured or ill patient. Common equipment for air ambulances includes ventilators, medication, an ECG and monitoring unit, CPR equipment, and stretchers."
Nota : klik pada gambar untuk ucap terima kasih kepada tuannya

11 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
saya setuju..
boleh mengelakkan
masaalah jem di jalanan
dan pesakit mati sebelum
tiba di hospital..

nadey said...

tp xleh gak.....mmg la cpt tp tekanan kt udara buat pesakit xleh pulak....tgk keadaan pesakit la....tp seyes membantu sgt bak kate abg zulkbo kt atas....

adda said...

penah ada pengalaman naik ambulance.. uih scary.. patut lah byk ambulan yg eksiden

akuanakpahang said...

Salam elok juga kalau kes yang agak kritikal tu kena deras sikit..bawak naik heli.

Hisyam Muhibah said...

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menggunakan helikopter ambulan. Lokasi pendaratan, kelengkapan paramadik yang perlu, serta keadaan mangsa kemalangan itu sendiri. Apa-apa pun kita harap pengurusan mangsa kemalangan dapat ditingkatkan supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.

--Terima Kasih semua atas ulasan--

Nafisa81 said...

kat spital raub je..nak bersalin kalau kena operate nak ke mentakab...jauhnyelahh...kalau ade kes kritikal..kena la ade helikopter..senang nak transfer pesakit atau tenaga pakar..

Hisyam Muhibah said...

Nafisa ~~ dulu je hanto ke mentekab tu.. skarang neh hanto ke temeloh pulok..

humbleyat said...

idea yg bagus untuk mempertingkatkan kualiti bantuan kecemasan

alternatif lain, mungkin kita perlu bekalkan diri dengan ilmu bantuan kcemasan supaya dapat megurangkan risiko yang ada.

jika tak ada ilmu perubatan sekalipun, sekurang2nya dapat membantu mereka di awal kejadian.

ilmu bantuan kecemasan juga ada skop untuk mengenali mangsa yg mana satu kita patut selamtkan dahulu:)

Hisyam Muhibah said...

Humbleyat ~ betul tu. sebab tu sekarang ni perlu ada 1 rumah 1 pembantu kecemasan.

Aisyah AR said...

kita aje yg ketinggalan. sepatutnya, air ambulance dah jadi sebahagian transportation emergency!

Hisyam Muhibah said...

Aisyah ~ setuju. masyarakat dah berubah, keperluan persediaan kecemasan juga perlu berubah

Post a Comment

Powered by Blogger.