24 November, 2010

Wajarlah Susah Payah Belajar Dihargai


Laporan BERNAMA menyebutkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman berjumlah RM59 juta kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat keputusan Kelas Pertama bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Pertamanya, diucapkan TAHNIAH kepada graduan-graduan tersebut. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sebaik itu. Sudah tentu terlalu banyak usaha dan pengorbanan yang sudah dicurahkan. Akhirnya segenggam kejayaan berjaya diperolehi.

Keduanya, diucapkan TAHNIAH dan sekalung penghargaan kepada PTPTN. Nampaknya, selepas pengerusi yang baru dilantik, banyak juga perkembangan untuk memajukan PTPTN pada masa akan datang dapat dilihat. Sememangnya, pelupusan pinjaman PTPTN ini menzahirkan keprihatinan pihak PTPTN terhadap usaha yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut. Walaupun sudah tentu hasil kutipan dan pendapatan akan berkurang 4%, tetapi nampaknya PTPTN lebih mengutamakan pelajar-pelajar terutama yang berjaya meraih ijazah kelas pertama ini.

Insya ALlah perkara ini juga akan menjadi motivasi terbaik kepada pelajar-pelajar yang masih berada di kampus-kampus seluruh negara. Usaha lebih banyak, dapat keputusan cemerlang kelas pertama, pinjaman akan dihapuskan. Apabila masuk pasaran kerja, sudah tentu kepala tak pening dan runsing memikirkan pinjaman yang perlu dipulangkan semula.

Setidak-tidaknya, susah payah semasa menimba ilmu pengetahuan dihargai juga.

Nota : klik pada gambar untuk tengok tuannya.

2 maklum balas:

zulkbo said...

salam...
ermmmm...koi setuju
amat kalau begini..
molek benor dihargai
pencapaian individu
dalam pelajaran

Suara Kalbu said...

Salam,

Ia juga akan menjadi motivasi kepada pelajar yang masih study untuk belajar dan grad dengan cemerlang.At least setelah bertahun-bertahun belajar dan grad dengan kepujian, hati tidak walang memikirkan mahu
bayar balik pinjaman.

Usaha yang bagus.

Post a Comment

Powered by Blogger.