21 December, 2010

786 dan Basmallah


Selalu juga terlihat dimana-mana, ada diletakkan nombor 786. Kebiasaannya di papan tanda kedai makan atau restoran mamak. Ada juga yang menjadikannya nombor plet kereta. Ada juga yang menjadikannya lirik lagu - Alhamdulillah (Too Phat).

Selepas membaca "Fatwa Basmallah dan 786" dalam laman Institut Kajian dan Pengurusan Fatwa Dunia yang menjadi salah satu instituti di bawah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), barulah saya mendapat pencerahan dalam topik 786 ini.


Antara lain kandungan keterangan mengenai 786 dalam laman tersebut ;
  1. 786 adalah nombor yang diperoleh dengan menambahkan nilai huruf dalam perkataan Basmallah
  2. Islam menggalakkan kita menggunakan tulisan Basmallah sebelum memulakan sesuatu. Tetapi orang Islam di sesetengah tempat menggunakan 786
  3. Dalam Islam tiada bukti untuk mengaitkan nombor 786 dengan Basmallah kerana ianya tidak menjadi simbol kepada Basmallah
  4. Tidak menghormati nombor 786 kerana tidak menghormati Basmallah adalah satu dakwaan yang tidak berasas
  5. Jika tidak mahu lihat perkataan Basmallah tidak dihormati, contohnya jatuh atas lantai lalu terpijak oleh orang lain, anda tidak perlu meletakkan perkataan tersebut dalam mana-mana cetakan
  6. Namun, Baginda SAW sendiri memasukkan perkataan Basmallah di dalam surat-suratnya kepada peminpin-pemimpin kafir - yang kemungkinan mereka tidak akan menghormati perkataan tersebut
Nota 1 : entri ini membincangkan mengenai fatwa penggunaan nombor 786 menggantikan Basmallah dan bukan membincangkan kehebatan Islam daripada aspek Matematik dan angka.
Nota 2 : klik gambar untuk ucap terima kasih kepada tuannya.

6 maklum balas:

akuanakpahang said...

Salam, Terima kasih kongsi info yang menarik. Sokmo nengok nombor ini kat kedai mamak :)

smtabi'in said...

terima kasih dapat pengetahuan baru hari ini... tak pernah tahu sebelum ini.

zulkbo said...

SALAM..
Amalan khurafat belaka ni..
moleklah aok pun sebarkan
semoga di berkati Allah jua..

Hisyam Muhibah said...

En. Yassin AAP ~~ sharing is caring. TQ

Tabiin ~~ enta kaji pulak orang mana yang selalu guna 786ni

En. Zulkbo ~~ TQ atas sokongan

smtabi'in said...

bisa di atur tu tuan, rasanya bukan susah nak cari nombor tu dikedai kedai makan yang sangat banyak nih

Hisyam Muhibah said...

Tabiin ~~ ada info nanti kongsi2 kan

Post a Comment

Powered by Blogger.