16 December, 2010

Banyak Sumber Untuk Belajar Buat Jahat

Masyarakat semakin terdesak kerana kesempitan hidup ataupun terlalu tipis iman dan benteng agama dalam diri mereka. Saya sangat sedih dengan laporan dalam Berita Harian mengenai dua beranak yang dijatuhi hukuman penjara kerana kesalahan menyamun.

Mereka mengaku bersalah dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka belajar menyamun daripada sebuah majalah mingguan tempatan.

Si anak pula memberitahu mahkamah yang dia mempunyai enam anak dan mengemukakan alasan terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup selepas suaminya ditahan di pusat tahanan Simpang Renggam, Johor.

Dua isu di sini. Pertamanya, bahan dan kandungan penerbitan majalah, akhbar, rancangan TV, laman web yang terlalu terbuka dan mudah serta murah untuk diperolehi memaparkan perkara-perkara negatif yang mendorong orang awam untuk melakukan jenayah. Ini satu perkara yang perlu dibetulkan oleh masyarakat. Tidak bermakna tidak boleh mengakses maklumat-maklumat tersebut. Tetapi yang lebih penting adalah kekuatan hati dan akal fikiran kita untuk menyaring dan memilih maklumat seterusnya mengasingkannya mengikut baik dan buruk. Yang buruk haruslah ditinggalkan. Yang baik haruslah diamal dan disebarkan.

Keduanya soal kesempitan hidup. Tidak dinafikan masih ramai orang yang susah di luar sana. Dalam kes ini, suaminya ditahan di Simpang Renggam dan anaknya 6 orang. Namun itu bukanlah alasan untuk melakukan jenayah sehingga berakhir dengan penjara. Sebaiknya teruskan berusaha untuk mendapat bantuan daripada sumber yang lebih baik. Dalam masa yang sama, masyarakat sekeliling perlu juga membuka mata dan membantu jiran tetangga yang dalam kesusahan.

Yang sedihnya, tertuduh sudah tentu beragama Islam.

9 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
terdesak lah ni..
kesiannn..semoga
mereka dapat pengajaran
dan berubah lepas ni..

piewahid said...

rezeki yg halal dan berkat juga sgt penting.

berhati2lah dgn sumber yg kita beri keluarga kita makan. kalau sumbernya haram, khuatir satu family terlibat sama.

akuanakpahang said...

Moralnya bender jahat ini jgn terpikir apatah lagi kalau nak membuat jauh sekali kalau nak dipelajari.

new hope said...

salam,

patut diselami puncanya sebelum kita judge mereka :)

ANAK TIRI MESIA BEST STUDENT AUSTRALIA

Hisyam Muhibah said...

En. Zulkbo ~~ kehidupan zaman sekarang memang terdesak.

En. Piewahid ~~ memastikan sumber yang halal untuk keluarga adalah tuntutan.

En. Yassin AAP ~~ setuju

new hope ~~ setuju

humbleyat said...

kadang2 bila terdesak, apa shj sanggup dilakukan tanpa mengira kesan jangka panjangnya walaupun kita dikurniakan akal untuk berfikir membezakan perkara yg baik dan buruk:-)

Hisyam Muhibah said...

Humbleyat ~ bila terdesak, pertimbangan waras sudah hilang separuh

suri said...

carilah kerja yang blh mendatagkan rezeki..

hata sbg cleaner sekalupin ia ttp pekerjaan juga..

jika ibu bapa dah didik anak sbgtu sok jagan salahkan anak2 mgpa mreka satu hari kelak blh mjadi pencuri yg terhandal...

Hisyam Muhibah said...

Suri ~~ rasanya masih banyak kerja lain yang boleh dicari tertuduh. desakan hidup perlu diimbangi kerasionalan akal fikiran

Post a Comment

Powered by Blogger.