20 December, 2010

Beberapa Harapan Perlawanan Akhir AFF Suzuki 2010


Pertama sekali tahniah kepada pemain kebangsaan khususnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya. Memang benar, kejayaan skuad kebangsaan mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki ini telah menaikkan semula imej negara dalam sukan bola sepak. Paling tidak pun di rantau Asia Tenggara ini.

Maka sudah tentulah ada harapan yang diletakkan. Selain memenangi perlawanan akhir - timbal balik, dan menjadi juara, harapan berikut dikira realistik untuk diletakkan terutama pada 26 Disember semasa perlawanan di Bukit Jalil :


  1. Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi dengan penonton yang maksimum 100 000 orang. Perlawanan akhir sepatutnya mampu menarik jumlah maksimum.
  2. Tiada penonton dan penyokong Indonesia. Kita sedia maklum rakyat Indonesia memang ramai di Malaysia. Jika di Bukit Jalil sudah boleh masuk ramai, di Jakarta nanti sudah pasti 100% penyokong Indonesia.
  3. Gencatan politik. Semua parti politik berhenti sebentar bercakaran politik. PM menggunakan kemahuan politiknya untuk mengajak sama semua pemimpin politik BN dan PR untuk hadir ke stadium. Lupakan sejenak perselisihan demi perpaduan negara melalui bola sepak.
  4. Penyokong daripada semua bangsa hadir ke stadium.
  5. Penyokong beragama Islam, tidak meninggalkan solat fardhu Asar, Maghrib dan Isyak
  6. Tiada keraian yang keterlaluan selepas perlawanan jika Malaysia menang. Tidak perlu terlalu terikut2 model barat yang berpesta sampai larut malam selepas pasukan mereka menang.

6 maklum balas:

akuanakpahang said...

Salam, majulah sukan utk Negara hidup Malaysia ! New Entry "akuanakpahang VS Hanis Zalikha"

smtabi'in said...

biasalah... nasib pasukan ketika menang.... disanjung, dipuji dan di puja... tapi sebaliknya jika pasukan kalah.... pun begitu tahniah kepada pasukan malaysia yang berjaya menempah tiket ke final.. tapi Indonesia bukan pasukan yang lemah... terbukti ketika membelasah pasukan negara 5-1 diawal kejohanan lalu....

zulkbo said...

salam..
susah nak jangka
dan saya tidak mengharap

Hisyam Muhibah said...

En. Yassin AAP ~ selamatt

Tabiin ~~ kalah peringkat kumpulan, Malaysia jadi underdog dalam final. tekanan pada indonesia

En. Zulkbo ~~ saya mengharap apa g saya tulis dalam entri

ozzy said...

salam...

setuju semua perlu bersatu demi nama malaysia termasuk puak2 politik yg sering bercakaran..tapi knp hanya ramai muka melayu saja dlm stadium?kalau bab lain kata 1 malaysia..

Hisyam Muhibah said...

En. Ozzy ~~ sukan medan sesuai untuk bersatu. kaum lain tak datang, ternyata bola sepak belum betul2 1Malaysia

Post a Comment

Powered by Blogger.