15 December, 2010

Cekap Dalam Perlakuan Jahat

Manusia adalah makhluk yang unik. Keunikannya terletak pada kekuatan akal fikiran yang dikurniakan oleh ALlah SWT. Akal fikiran yang dimanfaatkan sepenuhnya akan menghasilkan idea-idea yang canggih atau yang tidak pernah terlintas dalam fikiran sebelum ini boleh diwujudkan.

Namun, jika akal fikiran digunakan untuk tujuan kejahatan, hasilnya tetap canggih juga. Semakin canggih manusia berfikir untuk membuat kejahatan, semakin cekap mereka melakukannya. Hasilnya juga adalah lebih baik (dari sudut kejahatan).

Selain kekuatan akal fikiran, faktor latihan dan ulang-tindak juga akan meningkatkan kecekapan manusia dalam melakukan kejahatan. Jika dilatih bersungguh-sungguh dan diulang berkali-kali sudah tentulah manusia akan sentiasa cekap dan mahir dalam melakukan kejahatan.

8 maklum balas:

akuanakpahang said...

Alahmak hai.. naya tuan kereta tu macam kudung kaki.. kalau kena macam ni. Mmg jahat manusia ini.

zulkbo said...

salam..
kereta anda ke tu?
alahai..simpati..
penyamun beginilah
yang patut di kerat
tangannya..

Hisyam Muhibah said...

En. Yassin AAP ~~ memang kesian betul kat tuan kereta ni. dah lah lokasi ni agak jauh dari bandar atau workshop berhampiran

En. Zulkbo ~~ bukan kereta saya. saya baru sampai untuk parking kereta saya. memang pencurinya patut dikenakan hukuman berat.

Mohamadazhan hjDesa said...

ish3, byk sungguh la org jahat. dulu sy pernah hilang kereta, tak jmpa dah smpai sekarang.

humbleyat said...

nauzubillah..tp mmg kalau akal tu sidah sebati dengan idea yg agak "nakal", mereka menjadi familiar dgn skil yg tak pernah terfikir dek kita..

mcm menceroboh rumah,mangga ngan tombol pintu tak dapat dibuka,
engsel pintu dicabutnya..:-)

Hisyam Muhibah said...

Humbleyat ~~ apabila sudah nekad, semua benda boleh dilakukan

suri said...

manusia sekarag memaglah pelik2..dari dulu hanaya berfikir nak hidup senag tapi jalan yang dipih selalunya salah..akibat masuk lokap klr lokap atas perbuatan jahat mereka adalah..

di sekolah kita didik ttg sahsiah diri,tingkah laku, sifat2 yang mulia tapi bila dah besar mgpa itu semua di pindah menjadi mush dalam diri sendiri..

Hisyam Muhibah said...

Suri ~~ pendidikan di sekolah tidak dibawa dalam kehidupan sebenar

Post a Comment

Powered by Blogger.