24 December, 2010

Haram Pakai Baju Samai Santa Claus : Mufti Johor


Alhamdulillah, entri semalam mengenai Krismas dan Jati Diri Muslim nampaknya diperkukuh dengan kenyataan SS Mufti Johor sebagaimana yang dilaporkan oleh Berita Harian pada hari ini. Klik sini untuk melihat sumbernya.

Semoga nasihat mufti ini akan menjadi pedoman terbaik untuk umat Islam terutama yang muda mudi dan bekerja di kompleks membeli belah.

JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.
Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.
Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu.
Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.
Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya.

13 maklum balas:

Ieda Al-Habsyi said...

memang haram! jauhilah dari semua ini

relevan said...

Sokong Ieda Al Habsyi juga..!

zulkbo said...

salam..
koi heran orang kita ni..
perayaan orang kristian
pun mereka nak berlebih2..
kengkawan koi yang kristian
ramai yang tak merayakan
krismas sendiri kerana anggapan mereka tiada dalam kitab mereka pun..tapi bagi mereka yang kristian protestent lah..

akuanakpahang said...

Sedih juga bila segentir drp kita tak tahu halal haram dlm bab ini.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

masa beli barang di Watson hari tu..

cashier pun dok pakai mendealah tu..



alahai...

Jejaka Desa said...

Tak reti cakak Melayu dah gamoknye.Mende kala dah haram yang bantei dolok daleh ngapenye.

Nafisa81 said...

masalahnye majikan yg suruh...wpun tak pakai satu suit..tapi pakai topi santa claus tu dah cukup memperlihatkan kite membudayakan amalan agama lain...

Anonymous said...

jangan tonton TV, lagi senang nak pesongkan akidah wei. jahillah mufti ni

APAN said...

de gak pasan tajuk ni kat dalam metro td...
tpi yg ni dlm berita harian...
maybe isinye sme je...
x bace pun yg dlm metro tu...
huhu...

harap maklumat tersebut dpt digunakan...

abgreds said...

salam sdr hisyam....
dah la jati diri mukmin dan muslim makin susut, ditambahlah propa perpaduan palsu nih..
adehh... kena alert banyak benda dah sekarang ni..

Ummi Izzah said...

askum...
jgn lah sampai hilang jati diri ...
kot ye 1malaysia pun..ingat2 lah hukum sikit!

Hisyam Muhibah said...

Terima Kasih atas ulasan semua. InsyaAllah umat Islam akan lebih peka selepas ini. Malam Krismas saya juga mengunjungi kompleks membeli belah, nampaknya hanya segelintir shj orang Islam yang berbuat demikian..

humbleyat said...

saya pun tersgtlah terkilan bila melihat org2 Islam berpakaian santa claus...

sepatutnya kita tak perlu terikut2 dengan pakaian tersebut..jadikan ia sebgai jati diri seorang Islam..

Post a Comment

Powered by Blogger.