02 December, 2010

Jadikan Buku Sebagai Hadiah


Utusan hari ini melaporkan pemberian buku ilmiah dan bahan bacaan sebagai hadiah atau cenderahati patut dijadikan budaya baru rakyat Malaysia.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu sesuai bagi merangsang serta menggalakkan masyarakat membaca sebagai satu budaya sepanjang hayat.

Elok benarlah ianya dijadikan budaya baru dalam masyarakat ini. Buku dikaitkan dengan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan akan membezakan taraf kehidupan kita dalam masyarakat. Agama Islam juga meletakkan kepentingan ilmu di tempat yang tinggi.

Cumanya, untuk menjadi masyarakat berilmu, budaya yang kondusif perlu diwujudkan. Budaya akan menyokong pengamalan. Pengamalan tidak akan dilihat janggal. Budaya perlu komitmen pengamalnya. Ilmu yang dibudayakan pula perlu dipelbagaikan caranya, tidak semata-mata membaca sahaja.

Jadi, memberikan hadiah buku adalah salah satu cara untuk membudayakan ilmu. Selepas memberi dan menerima hadiah buku, insya ALlah budaya membaca akan disuburkan. Selepas membaca, insya ALlah ilmu akan bertambah.

Jika hadiah material yang diberikan, lambat laun akan punah dan rosak jua. Namun, jika hadiah ilmu yang diberikan, insya Allah ianya kekal sepanjang masa.

Marilah kita mula memberikan hadiah buku kepada sesiapa sahaja : pengantin, hari jadi, persaraan, dapat keputusan cemerlang peperiksaan, naik pangkat, pindah rumah baru, buka perniagaan baru, dapat anak baru, dan sesiapa sahaja; apa sahaja acara keraian.

6 maklum balas:

akuanakpahang (AAP) said...

Salam sahabat, Budaya membaca bender free ini mmg dah lama diamalkan oleh org kita.. macam kat opis nie deme suka pinjam2 surat kabor hehehe...

New Entry "Perlukah kita menjadi seorang Pelakun Pak Pacak didalam Dunia seorang Blogger?"

Suara Kalbu said...

Salam,

Memang bagus amalan ini tuan. Saya pun pernah memberikan buku motivasi tulisan HM Tuah Iskandar sebagai hadiah untuk seorang teman sepejabat. Lebih setahun saya tengok buku itu masih elok mukasuratnya, berlipat pun tidak. Bila ditanya, belum habis dibaca katanya hahahahaha..

Nampak gayanya, orang kita ni kalau diberi majalah Mangga atau URTV mungkin cepat sikit khatamnya..

Hisyam Muhibah said...

En. Yassin AAP ~ sebab tu dah ada tampal NO FREE READING kat kedai2 buku majalah

Suara Kalbu ~ saya dah mula untuk hadiah kahwin. bagi buku berkaitan hal ehwal rumah tangga. harganya lebih kurang dengan barang elektrik atau set cawan. tapi ilmu nya jauh lebih berharga. cumanya tak nampak prestij lah bila datang kenduri kahwin tu

suri said...

buku ya bagus juga tu satu cadagan yg baik..

paling penting buku bermaklumat selain dari novel dll..

suri suka baca buku juga tapi buku keibu bapaan.. heee..

Hisyam Muhibah said...

Suri ~ apa saja jenis buku. yang penting budaya ilmu dan budaya membaca menjadi amalan

humbleyat said...

yer...sokong sgt2..saya pun suka menghadiahkan buku buat hadiah keran ilmu itu lebih bermanfaat dari barang yang akan rosak..

dan baru2 ini kawan saya pun menghadiahkan buku sebagai hadiah hari lahir..sronok sgt!:)

Post a Comment

Powered by Blogger.