02 December, 2010

Jumlah Kecil Yang Membimbangkan


Seramai 149 bayi dibuang oleh ibu bapa mereka dari tahun 2009 sehingga Ogos lalu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie di Dewan Rakyat semalam. Daripada jumlah itu, 83 telah meninggal dunia manakala 66 bayi lagi masih hidup. Daripada jumlah tersebut, 59 bayi itu adalah lelaki dan 54 lagi adalah perempuan. Jantina bagi 36 lagi bayi tidak dapat dipastikan memandangkan keadaan mayat yang telah reput.

Memanglah jumlahnya kecil jika dibandingkan dengan jumlah semua rakyat Malaysia. Masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah pelajar di sesebuah sekolah. Tetapi, sudah tentu bukan jumlah yang menjadi igauan kita semua.

Keprihatinan kita dalah lebih besar daripada jumlah yang dibuang. Kerisauan kita melepasi jantina bayi yang dibuang. Kebimbangan kita mengatasi di mana mereka dibuang.

Kita lebih prihatin terhadap kemelut masyarakat hingga tercetusnya gejala tidak sihat ini. Kita lebih risau mengenai pendidikan agama yang gagal dihayati oleh anak-anak muda masa kini. Kita lebih bimbang tiada penamat kepada petaka ummat ini.

Marilah kita terus komited untuk memberikan apa sahaja sumbangan - idea, cadangan, tindakan - bagi memastikan gejala ini dapat dilenyapkan daripada muka bumi Malaysia ini.

9 maklum balas:

Suara Kalbu said...

Tuan,

Saya paling tidak gemar dengan topik ini. Setiap kali terbaca berita tentang pembuangan bayi, hati mudah tersentuh dan sebak tak semena-mena mengalirkan airmata.

Jika bukan kerana saya sendiri sudah hampa hampir 8 tahun mendirikan rumahtangga tapi belum dikurniakan cahayamata, saya masih juga hairan kenapa masih ada manusia yang kering hati dan perasaan begitu tega meninggalkan anak kandung yg baru dilahirkan di jalanan atau di pembuangan.

Menubuhkan pusat jagaan utk remaja/wanita terlanjur kerana tidak mahu gejala pembuangan bayi tidak terus berleluasa mungkin salah satu penyelesaiannya tapi sejauh mana keberkesanannya ? Lalu haruskah gejala ini ditudingkan jari kepada gadis/remaja/wanita sahaja sehingga tertubuhnya pusat-pusat jagaan ini ? Bagaimana pula dengan si pelaku lelakinya ? Apa tindakan utk mereka ?

Semuanya harus dimulai dengan asas dan tunjang agama. Program PLKN dilihat sebagai satu medium untuk menjadikan remaja insan cemerlang dan berguna tapi sayangnya keruntuhan moral di kalangan mereka tetap juga sama.

bard bahtiar said...

sekadar pndangan-laksanakan saja hukum Islam...tapi ia tidaklah mudah yang di sangka...buatlah rumah mngndung ke,atau apa saja,pasti xkkn mmberi kesan...skrng ni pn,pernah dngar lagi org yg mmbuang bayi di hukum mati???!orang tk takut dgn hukuman d malaysia ni..tepuk dada tanya Iman... just my opinion..

zulkbo said...

salam..
ayat terbaik yang perlu di berikan pada si pembuang bayi..
"kenapalah engkau dulu tidak di lahirkan sebagai seekor haiwan.."
pinjam kata-kata cerita P.Ramlee (ibu mertuaku)

NOOR FATIN said...

sedih.. binatang pn sygkan anaknya :(

Hisyam Muhibah said...

Suara Kalbu ~ pegangan agama tu lah yang pentingnya. kalau tak faham, tak pegang, memang rosak lah jadinya

Bard Bakhtiar ~ setuju supaya hukum Allah itu dilaksanakan. setakat ni hanya denda atau penjara saja kepada sesiapa yang buang bayi

En. Zulkbo ~ setuju juga. lahir jadi haiwan bukan bermakna dia hina. tapi kalau jadi haiwan, haiwan pun tak buang anak dia -- macam Noor Fatin komen tu

Noor Fatin ~ manusia sudah bercirikan kebinatangan

suri said...

salam kawan..
yang reput sdih pula hati mmbacanya..

Moga2 anak tu akan terpelihara kehidupannya dri kekejaman dunia...

Hisyam Muhibah said...

Suri ~ insyaAllah

humbleyat said...

kebelakangan ibu bapa lebih bebas membiarkan nak mereka bersosial..

malah ada yang bangga apabila anak mereka memakai pakaian yg agak ketat dan tidak menutup aurat...
(antara penyumbang2 berzina)

pokoknya, ibu bapa harus memastikan ank2 mereka terkawal dan pemantauan dan sifat peka mereka amat penting dalam mengurangkan kadar kes buang bayi..

Hisyam Muhibah said...

Humbleyat ~~ ibu bapa yang gagal menjadi pendidik kepada anak-anak.

Post a Comment

Powered by Blogger.