23 December, 2010

Krismas dan Jati Diri Muslim


Menjelang perayaan Krismas, banyak persediaan jelas kelihatan di sana sini untuk menyambutnya. Paling ketara di kompleks membeli belah yang sudah menjadi tradisi untuk meletakkan pokok krismas yang dihias indah serta staf mereka yang memakai sut santa claus. Tidak cukup sekadar pemilik kompleks sahaja, peniaga-peniaga di dalam lot-lot juga biasaya akan menghias lot perniagaan mereka dengan warna merah, pokok krismas dan replika-replika hadiah.

Di luar kompleks membeli belah, kita juga boleh lihat di premis-premis perniagaan juga perkara yang sama. Kedai buku, stesyen minyak, kedai runcit, panggung wayang, dan di mana-mana sahaja.

Persoalannya ialah, terdapat orang-orang Islam yang tidak segan silu atau seperti tidak ada apa-apa perasaan apabila menyarungkan topi merah santa claus di kepala mereka. Malah mungkin ada juga yang tidak takut-takut untuk memakai sut santa claus tersebut.

Alasan utama ialah; kami adalah pekerja di sini sebagai pembantu jualan. Kami diarahkan oleh boss untuk memakai topi merah santa claus ini.

Lebih membimbangkan juga orang awam yang mengunjungi kompleks membeli belah pula juga seolah-olah tidak berasa apa-apa apabila bergambar di tepi pokok krismas yang dihias indah. Juga bergambar bersama-sama maskot santa claus bersut merah. Malah ada juga yang menyertai aktiviti-aktiviti di pavilion kompleks membeli belah itu yang sangat berunsur Krismas dan mendapat ganjaran hadiah pula daripada santa claus.

Terlintas di fikiran saya soalan ini : "Adakah aku seorang Muslim yang terlalu konservatif apabila berasa bimbang di hati tatkala melihat orang Islam lain terutama anak mudanya yang memakai topi merah santa claus atau bergambar di tepi pokok Krismas?"

Astaghafirullahala'zim. Ya, ALlah, tetapkanlah iman kami kepada Mu. Ya ALlah, teguhkanlah pendirian kami menyokong agama Mu. Ya ALlah, jadikanlah kami sentiasa berada dalam lindungan Mu daripada ancaman dan godaan yang boleh meruntuhkan jati diri kami sebagai Muslim yang sejati.

11 maklum balas:

akuanakpahang said...

Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
“barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kalangan mereka”
New Entry "Cukup sampai disini sayang..."

Ieda Al-Habsyi said...

wah! dah tukar layout baru, cantik dan kemas! :) ee...saya paling tak suka krismas!

iqbalsyarie said...

artikel dan perkongsian yang membuka mata pemikiran. Terima kasih daun keladi :)

ozzy said...

salam...

Bukan hanya perayaan krismas malah perayaan lain juga ramai yg terikut2 dgn budaya mereka...

p/s - jika seorg pekerja mungkin dia terpaksa ikut arahan & tiada pilihan kecuali letak jawatan..

Hisyam Muhibah said...

En. Yassin AAP ~~ betul tu ustaz!

Idea ~~ dah lama tukar, masa i Muharram hari tu. kenapa tak suka krismas?

Iqbalsyarie ~~ sharing is caring. sila sebar2kan sesama rakan

EN. Ozzy ~~ Krismas lebih menggerunkan kerana ia datang dengan globalisasi. tersurat seperti tiada apa2, tetapi yg tersirat tu jauh lebih bahaya

zulkbo said...

salam..
harapan koi juga agar
akidah kita tak terpesong
dengan dakyah kristian ni..
itu antara kelebihan kristian
dalam berdakwah, sanggup buang duit semata nak pesongkan akidah orang islam..belum kita cerita bab membantu wanita muslim yang tak di hirau orang islam sendiri yang akhirnya pihak gereja yang ambil berat mereka..di sini sebagai muslim kita kena tanya diri kita setakat mana kasih kita pada saudara semuslim,sedangkan kristian mereka anggap semuanya anak Adam..???

Jejaka Desa said...

Dulu koi pernoh keje cashier kat pasar raye.Tapi koi berenti pasey selalu di tugaskan di bahagian arak.Mane tahan weh.

Rama2Ungu said...

Kita sndri pun tak boleh wish 'merry Christmas' kat diorg yg celebrate ni kan..

btw, thanks for this entry..bgus utk menyedarkan yg mamai tu.

APAN said...

hmmm...pemimpin pun yg sokong mende2 camni...
tak abis2 ckap toleransi agama la kononnye...
kongsi raye la...
haha....

cmne rakyat nak sedar....?

smtabi'in said...

1Malaysia... Malaysia Boleh... adakah semua serba boleh??

Hisyam Muhibah said...

Terima kasih atas ulasan semua..

Post a Comment

Powered by Blogger.