03 December, 2010

Masih Ada Mangsa Internet Fraud


Bernama semalam melaporkan seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook. Guru tersebut yang bertukar-tukar SMS terperangkap dengan tipu daya kenalannya itu yang kononnya mahu mempelajari agama Islam.

Modus operandi yang digunakan ialah kenalannya memberitahunya yang dia bermasalah dengan Imegresen kerana membawa masuk wang Pound Sterling yang tidak diisytiharkan. Seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai imegresen pula menelefon mangsa untuk urusan pembebasan kenalannya itu. Mangsa kemudiannya bersetuju untuk 'membayar' wang bagi membebaskan kenalannya itu.

Dalam entri-entri sebelum ini, saya mengupas kes-kes Internet Fraud : di sini, di sini dan di sini.

Nampaknya kes ini berulang lagi. Bezanya, ianya sudah melarat ke dalam laman sosial Facebook. Sebelum ini hanya berlaku dalam emel dan SMS sahaja.

Hakikatnya, kita perlulah sentiasa beringat. Facebook itu bukanlah segala-galanya. Kelekaan dengan Facebook akhirnya akan menjerat diri kita sendiri.

Ingatlah tip-tip yang berikut :
  1. Virtual 'friends' may not real friends. Jangan cepat dan mudah menambahkan kawan di FB
  2. Penyamaran identiti sangat berleluasa di FB. Ini sudah menjadi asam garam laman sosial Internet sejak chatting diperkenalkan dulu.
  3. Niat seseorang hendak berkawan di Facebook tidak kita ketahui. Walaupun dia nampak ikhlas dalam berkawan.
  4. Jangan mudah percaya dengan tawaran duit yang tidak masuk akal. Siapa lah yang kaya sangat hendak memberikan duitnya kepada kita.
  5. Sentiasalah mengambil cakna mengenai sindiket-sindiket yang menggunakan Internet untuk menipu mangsa-mangsa yang tidak tahu apa-apa.
  6. Lain-lain tolonglah tambah ye..
Nota : klik gambar untuk tengok sumbernya

13 maklum balas:

Khairy said...

uish....mudahnya orang nak bagi duit dalam FB ye. Senang sangat kena tipu..ish2.

memang banyak keburukan kalau tak reti manage diri sendiri. FB tu bukan nye salah pape pn..just manage diri sendiri je...

DeCrewz said...

Itulah masalahnya bila zaman semakin canggih, ramai pulak si penipu & org kena tipu....

Hisyam Muhibah said...

Khairy ~ ramai lagi yang tak tahu. Yang dah tahu kena sentiasa beringat. Yang tak tahu lagi tu lah yang selalu kena tipu

DeCrewz ~ otak manusia ni memang hebat. kalau guna untuk benda baik, banyaklah benda baik akan dapat. tapi kalau guna untuk fikir benda jahat, memang hebat benda2 jahat yang dapat dicipta

Suara Kalbu said...

Hmmm... tak habis-habis lagi kes macam ni. Kenapa mudah percaya orang yang baru dikenali di Internet ?

Tak faham saya

ismail nusrah said...

kesedaran rakyat kita tentang masalah ni nampaknya masih rendah..adakah rakyat Malaysia terlalu baik hati?

suri said...

nak ber fb blh tapi ken aslu berwaspada...

jgn mudah terpengaruh sb tk semua org atas talian fb jujur..

lelakiYANGjahatSANGAT said...

masih ramai yg tertipu...masih ramai yg xsedar dgn penipuan difacebook ni...

akuanakpahang (AAP) said...

Salam moralnya kena berwaspada sentiasa. Jangn mudah tertipu. Entri Terbaru "Kemanisan dalam Kehidupan"

zulkbo said...

salam...
sesamalah kita mengambil iktibar
dan berhati-hatilah..

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,
Saya dulu pun hampir kena tipu juga, tapi saya cepat2 telefon ke pejabat imegresen untuk pengesahan.. alhamdulillah, saya selamat dari kena tipu...

suri said...

salam sabtu...
jangan mudah terpedaya...itu semua indah di mata...

Hisyam Muhibah said...

Suara Kalbu ~ kalau mangsanya perempuan, saya rasa sebabnya ialah terpedaya dengan penipu yang memuji kecantikan dan rupa parasnya.

Ismail Nusrah ~ memang tak ramai yang tahu penipuan Internet. masih anggap semua orang adalah baik dalam Internet

Suri ~ setuju

LelakiYangJahat ~ mereka ingatkan semuanya indah di Internet

En. Yassin AAP ~ setuju, beringat selalu

En. Zulkbo ~ itu sebaiknya

Kak LL ~ betul tu, telefon dulu untuk kepastian. kalau penipu tu bagi no HP sedangkan dia cakap dia pegawai imegresen, itu maknanya tipulah tu

Suri ~ betul tu

humbleyat said...

Menjadikan agama sbg umpan untuk menipu?tak patut betul..

zaman sekarang ni memang kena harus berwaspada, apa2 pun boleh jadi..nak2 kes penipuan.jangan terlalu mudah mempercayai org yg baru kita kenal..

berfikirlah secara rasional...

Post a Comment

Powered by Blogger.