10 December, 2010

Memanfaatkan Masa Berkualiti


Perubahan struktur masyarakat sedang berlaku tanpa boleh ditahan lagi. Antara lainnya adalah golongan wanita, isteri dan ibu kebanyakannya turut sama bekerja seperti golongan lelaki. Samada mereka bekerja disebabkan mempunyai kelayakan pendidikan ataupun kerana kesempitan hidup untuk menampung perbelanjaan seharian keluarga mereka.

Bagi yang sudah bekeluarga sudah tentu akan terkena impak yang boleh membawa implikasi yang negatif. Apabila ibu bapa bekerja, perhatian terhadap anak-anak serta pengurusan keluarga akan berkurangan. Masa anak-anak bersama ibu bapa menjadi terhad pada waktu malam sahaja dan di hujung minggu sahaja.

Menurut pakar motivasi, YM. Dr. Tengku Asmadi di dalam bukunya berjudul "Teknik Memotivasikan Anak Secara Positif", kurangnya masa ibu bapa bersama anak-anak mereka disebabkan perubahan zaman yang menjadikan beban kerja semakin bertambah, perjalanan semakin lama kerana masalah trafik, ibu bapa yang kedua-duanya bekerja dan anak-anak yang semakin sibuk dengan tusyen dan aktiviti sekolah.

Maka kuantiti masa bersama anak-anak sudah semakin mengecil. Ibu bapa harus pandai untuk memanfaatkan masa yang sedikit itu untuk menjadikannya Masa Berkualiti atau sering disebut Quality Time. Seterusnya, Dr. Tengku Asmadi menyarankan masa-masa singkat yang boleh dimanfaatkan secara berkualiti :
  1. Solat berjemaah
  2. Makan malam bersama
  3. Ambil cuti
  4. Lakukan aktiviti bersama
  5. Gunakan masa memandu
  6. Temani anak-anak
  7. Adakan masa bagi setiap anak
Apa yang penting, kita sebagai ibu bapa tidak sewajarnya meletakkan kesalahan kepada beban kerja yang banyak sehinggakan tiada masa untuk diluangkan kepada keluarga dan anak-anak. Carilah masa untuk diisi secara berkualiti. Walau sesibuk manapun kehidupan kita pada masa sekarang, keluarga tetap menjadi keutamaan untuk diberikan perhatian.

Nota : Saya menyarankan pembaca entri ini untuk mengulas 7 cadangan Dr. Tengku Asmadi seperti di atas supaya ianya boleh dilaksanakan dalam kehidupan kita sehari-hari demi mewujudkan Masa Berkualiti bersama keluarga.

6 maklum balas:

ozzy said...

salam..

Ramai diantara kita sering mengeluh dgn alasan kekurangan masa..tapi bukan semua antara kita benar2 disebabkan kekurangan masa pada jln yg berfaedah.

akuanakpahang (AAP) said...

Salam sahabat terima kasih diatas N3 ini. Beginilah bila masa telah merubah segalnya, ada kebaikan tak kurang byk juga keburukannya.

suri said...

selalunya mlm kami akan membaca buku sama-sama..hujung minggu lak minggu utk belajar bahasa english..

kelas bahasa melayu time suri masak suri akan ajar dia..heee

Hisyam Muhibah said...

En. Ozzy ~~ Betul tu. Masa kita banyak terbuang begitu sahaja.

En. Yassin AAP ~~ Kita harap kita sedar, perubahan masyarakat memberi kesan kepada pembinaan keluarga yang baik

Pn. Suri ~~ Contoh yang bagus. Sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar.

humbleyat said...

setuju sgt..walaupun masa yg kta ada sedikit, tp perlu gunakan secara maksimum dan berkualiti...

kena bahagikan masa secara bijak dan harus dispilin jika kita menghargai dan betul2 syg pada keluarga...:-)

saya juga da masa yg suntuk, tapi alhmdulilah, dgn pembahagiamn masa yg bijak, saya dapat memanfaatkannya..

Hisyam Muhibah said...

Humbleyat ~ pengurusan masa yang bijak adalah jawapannya. tapi yg penting juga adalah pengisian kepada masa yang sedikit itu.

Post a Comment

Powered by Blogger.