14 December, 2010

MyEG; Mudah dan Berkesan

Buat kali keduanya saya memperbaharui cukai jalan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyEG. Urusan kali kedua adalah lebih mudah kerana rekod dan data memang sudah sedia tersimpan di dalam pangkalan data MyEG. Saya hanya menggunakan MyEG untuk memperbaharui cukai jalan, insuran kenderaan saya buat sendiri di agensi.

Menurut laman web MyEG,
"My E.G. Services Berhad is a concessionaire for the Malaysian E-Government MSC Flagship Application. Our role as a Service Provider for the E-Services component essentially provides the electronic link between the Government and citizens/businesses."

Login ke sistem MyEG menjadi lebih mudah untuk pengguna kali kedua dan seterusnya.


Maklumat-maklumat yang diperlukan memang sudah tersedia ada. Hanya perlu sahkan sahaja.


Pengesahan dan jumlah bayaran dibuat di sini.


6 cara pembayaran disediakan. Saya pilih menggunakan kad kredit.


Maklumat mengenai kad kredit dimasukkan di sini.


Resit rasmi sebagai bukti pembayaran sudah dibuat.


Keesokan harinya saya menerima bungkusan MyEG yang dihantar menggunakan tangan ke alamat penghantaran.


Ini lah cukai jalan terbaru yang diperolehi kurang 24 jam menggunakan perkhidmatan MyEG.

Jika anda ada pengalaman lain menggunakan perkhidmatan MyEG, bolehlah kongsikannya di sini. Terutama yang menghadapi masalah selepas berurusan dengan MyEG. Ini penting supaya kita semua tahu pro dan kontra menggunakan sesuatu perkhidmatan yang disediakan.

13 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
cekap betul perkhidmatannya..
tidak memerlukan geran kereta
kan??

Hisyam Muhibah said...

En. Zulkbo ~~ yep, tak memerlukan geran. tetapi, kena ingat, makluman di geran tidak dikemaskini.

Suara Kalbu said...

Salam tuan,

Saya belum pernah menggunakan MyEG.

Tapi memang sistem pembaharuan insurans dan roadtax sekarang lebih pantas dan mudah.Bukan lagi macam dulu.

Saya pula, setiap tahun bila sampai due utk renew, pihak insurans akan call dan beritahu such amount yang perlu dibayar, online transfer bank-in dan maklumat insurans terus akan disalurkan kepada pihak bank dimana roadtax sudah boleh diambil keesokan harinya.

Suara Kalbu said...

Insurans policy akan diposkan kepada saya kurang dari 2 minggu bekerja.

Hisyam Muhibah said...

Suara Kalbu ~~ insuran saya suka uruskan sendiri. memang agensi akan poskan qoutation. tapi biasanya dia qoute yang paling maksimum. so, saya urus sendiri, boleh reduce apa yang patut. api kena korbankan sikit masa, tiket parking, etc..

kebanyakan pengguna renew insuran dan roadtax sama cara dengan awak ni. senang sebab agen yang uruskan.

yastro said...

Boleh dipertimbangkan jugak ni..sebelum ni agak ragu2 sikit..
Biasanya pegi ke pejabat Pos je..

Hisyam Muhibah said...

Yastro ~~ silakan mencuba dan kongsikan pengalaman

Suara Kalbu said...

Tuan,

Bukan agent yang uruskan. Saya buat insurans dengan Uni Asia.

Marketing Uni Asia di HQ akan call dan buat renewal after confirmation daripada saya. Sebutharga akan diberi rebat 5% sebagai penghargaan jika renewal masih dibuat dengan pihak mereka.

Bermakna saya sudah jimat 5% di sana berbanding dengan agent yang mengambil komisyen sebanyak 10%

ozzy said...

salam..

Pernah dengar cuma agak was2..nampak menarik & memudahkan..nanti boleh cuba

akuanakpahang said...

Salam sahabat, terima kasih kongsi info yang berguna ini tak penah cuba lagi boleh try la esok2nya :)

Hisyam Muhibah said...

Suara Kalbu ~~ TQ 4 da info

En. Ozzy ~~ silakan mencuba dan kongsikan pengalaman

En. Yassin AAP ~~ silakan mencuba dan kongsikan pengalaman

humbleyat said...

sy juga pengguna myEg..tapi majoriti untuk buat carian kebankrapan dan penggulungan syarikat.Hanya guna prepaid account. topup amoun yang dikehendaki di akaun mereka, faks dan confirm..on the spot boleh guna

kdg2 ada juga masalah tak dapat nak printout dokumen yg berkenaan, tp service dia awesome, mereka respon melalui emel kita balik..

lg satu myeg services better guna mozilla firefox supaya dokumen mudah untuk dicetak berbanding internet explorer.

Hisyam Muhibah said...

Humbleyat ~~ TQ for the info

Post a Comment

Powered by Blogger.