30 December, 2010

Topik Di Akhir dan Awal Tahun


Banyak perkara yang disembangkan sesama kita apabila berada di hujung tahun dan mahu memasuki tahun baru. Samada yang berkaitan dengan hal ehwal negara, antarabangsa mahupun apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Namun, kebiasaannya sudah tentu topiknya berkaitan dengan persiapan menghadapi kehidupan pada tahun baru yang akan menjelang.

Mereka yang membuat persediaan untuk persekolahan anak-anak sudah tentu akan berbicara topik ini. Daripada pakaian sekolah yang baru sehinggalah kepada tawaran pendidikan awal kanak-kanak seusia 3 atau 4 tahun. Semua topik dibincangkan. Maka sudah tentu juga tajuk mengenai yuran pendidikan akan menjadi perhatian di kalangan ibu bapa. Tidak pelik jika ada yang membandingkan yuran untuk mendaftar anak masuk tadika adalah kurang lebih sama dengan bayaran yuran semasa ayahnya mahu mendaftar tingkatan 4 sekolah asrama penuh 15 tahun yang lalu.

Selain itu, topik azam tahun lepas dan azam tahun baru juga sentiasa dibangkitkan. Tercapai atau tidak azam tahun yang akan ditinggalkan itu tidaklah perlu menjadi tajuk yang hangat. Apa yang penting, setiap kali masuk tahun baru pasanglah azam yang baru. Samada azam tahun baru itu lebih realistik - kerana gagalnya mencapai azam tahun lepas, ataupun azam itu lebih tinggi - kerana keyakinan dalam diri, ianya mesti dijadikan topik perbualan sesama sendiri.

Tidak kurang juga perbincangan mengenai topik prestasi kerja di kalangan mereka yag sudah berkerjaya. Seringkali tajuk SKT dan KPI akan menjadi pilihan utama. Adakah sasaran kerja mereka berjaya dicapai? Maka ianya perlu dijadikan topik perbualan. Berjaya atau tidak, masuk saja tahun baru maka SKT dan KPI baru juga perlu disediakan. Sudah tentulah pengalaman tahun lepas itu akan dijadikan sandaran untuk meletakkan sasaran pada tahun baru pula.

Nota : klik gambar untuk tengok sumbernya

1 maklum balas:

humbleyat said...

setuju sgt, jgn sekadar berazam utk di mulut sahaja, tetapi targetkan secara spesifik, yg penting disiplin untuk azam tersebut harus ada:-)

Post a Comment

Powered by Blogger.