28 January, 2011

Antara Islamiphobia, Provokasi dan Tidak Faham Islam


Sudah tentu tulisan (baca : temuramah dengan wartawan) Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menyentuh sensitiviti umat Islam. Walaupun ianya hanya ditujukan kepada umat Islam di Singapura, tetapi sudah tentulah semua umat Islam termasuk di Malaysia juga akan terkesan. Gesaan beliau supaya penduduk Islam kurang patuh kepada ajaran agama Islam untuk meningkatkan integrasi dan pembinaan negara bangsa, menggambarkan kefahaman beliau terhadap agama Islam itu sendiri.

Namun, jika dilihat daripada susuk tubuh yang bernama LKY itu sendiri serta sejarahnya menjadi pemimpin Singapura, kita tidak akan berasa pelik jika kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh beliau. Sebagai pemimpin sebuah negara kecil maka tumpuan beliau untuk menyatupadukan rakyatnya adalah baik. Namun, apabila terkait dengan isu agama, nampaknya kepentingan negara telah mengatasi ajaran agama khususnya Islam.

Pada saya LKY terperangkap di antara Islamiphobia, Provokasi atau kefahaman beliau sendiri terhadap Islam. Mengapa Islamiphobia? Itu kerana Islamiphobia masih menjadi igauan di kalangan pemimpin-pemimpin negara bukan Islam khususnya di barat. Fobia atau takut kepada ajaran Islam yang meresap masuk serta diamalkan di kalangan rakyat. Ditambah pula dengan momokan label negatif yang diberikan kepada Islam. Maka tidak pelik jika kenyataan anti-Islam boleh diberikan oleh pemimpin-pemimpin negara bukan Islam. Dalam kes di Singapura, LKY takut jika cita-citanya membina negara bangsa akan terencat jika Islam terus diamalkan.

Mungkin juga ini satu provokasi. Namun saya tidak mahu bersangka buruk kepada LKY. Saya tahu entri ini juga akan dibaca oleh orang-orangnya bagi memantau respon daripada umat Islam serantau mengenai kenyataannya itu. Apa yang boleh digambarkan ialah tindak tanduk LKY juga boleh dijuruskan sebagai provokasi supaya umat Islam di Singapura tidak berada dalam arus perdana pembangunan negaranya sendiri. Umat Islam boleh dilihat sebagai pengacau. Umat Islam boleh menjadi faktor penggagal usahanya itu. Biarlah negara kecil itu terus didominasi oleh rakyat yang sebangsa dengannya sahaja. Oh ya, ini tafsiran saya sahaja. Mungkin juga orang Islam di Singapura tidak berasa begitu langsung.

Yang ketiga, atau yang paling kuat terdetik di hati saya ialah kefahaman beliau terhadap Islam yang masih tidak menyeluruh. Sebenarnya, jika Islam memerintah, itu lah yang lebih menjamin integrasi kaum serta pembangunan negara (tolak tepi negara bangsa). Jaminan pemerintah Islam untuk memberikan hak-hak kepada bukan Islam yang mendapat naungan akan sentiasa dipelihara. Semua kaum dan agama akan boleh menikmati kehidupan dengan adil dan saksama. Namun, LKY tidak lagi dilengkapi dengan kefahaman sehingga ke peringkat itu. Bermakna, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menyebarkan ajaran dan kefahaman Islam kepada orang-orang bukan Islam.

Oh ya, tidak perlulah sampai ke Singapura. Cukup lah di Tenang sahaja sudah jelas menggambarkan pemimpin-pemimpin bukan Islam yang masih perlu didakwahkan dengan kefahaman Islam yang sebenar.

1 maklum balas:

cemomoi said...

apa orang nak kabo, orang islam patutnya sokmo bersedia taak takan masuk lubang biawak untuk kali kedua

dengo crita penasihat singapura orang yahudi

Post a Comment

Powered by Blogger.