10 January, 2011

Dalam 'Hoax' Ada Kebenarannya



Hujung minggu yang baru berlalu berlaku sedikit 'gegak gempita' yang Facebook akan menamatkan operasinya pada 15 Mac 2011. Maka, disebarkanlah seluas mungkin melalui semua laman rangkaian sosial, forum, emel dan SMS. Semuanya memetik sumber daripada laman ini yang menggunakan tagline 'Weekly World News, The World's Only Reliable News'.


Dalam laporan itu, pengasas FB mengatakan bahawa beliau berasa terlalu tertekan untuk megendalikan laman sosial tersebut. Disebabkan FB sudah tidak dapat dikawal maka beliau mahu manamatkan segala kegilaan ini dan mahu kembali kepada kehidupan asalnya. Walaupun dikatakan FB berjaya menjana pendapatan sehingga 7 billion, beliau tidak kisah itu semua dan pasti FB akan ditamatkan pada 15 Mac 2011.

Berita ini akhirnya disahkan sebagai palsu, atau istilah yang lebih kerap digunakan ialah 'hoax'. Laporan berita Yahoo! ini membuktikan akan kepalsuan laporan tersebut. Apatah lagi laman tersebut mengandungi berita-berita yang tidak masuk akal seperti Alien Spaceships To Attack Earth In 2011, Michelle Obama Pregnant! dan George Clooney To Run For President. Maka laman ini boleh dianggap palsu dan berita-berita yang terkandung di dalamnya boleh ditolak. Oh, ya, kita juga sedikit teruja dengan berita hoax mengenai Khairul Fahmi pada minggu lepas.

Namun, marilah kita bincangkan sedikit mengenai isi kandungan laporan hoax tersebut yang boleh dijadikan iktibar kepada kita semua.

Pertamanya, "Without Facebook, people will have to go outside and make real friends". Ini isu utama dalam laman rangkaian sosial. Ungkapan 'Real Friends vs Virtual Friends' seringkali menjadi topik perbualan. Walaupun memang tidak dinafikan kemampuan FB untuk membantu kita mencari semula kawan-kawan lama yang sudah terputus hubungan, ataupun FB membantu kita untuk sentiasa dapat mengemaskinikan cerita dan perkembangan terbaru kawan-kawan pada masa semasa, fenomena ini tidak dapat mengatasi realiti sebenar erti persahabatan. Pertemuan secara maya adalah sangat terhad berbanding dengan pertemuan secara berdepan 'face-to-face'. Terhad dalam erti kata menyelami hati dan perasaan kawan, tahap keprihatinan terhadap kemaslahatan kawan serta ikatan ukhuwwah yang sejati, dilihat tidak mencapai tahap yang diharapkan.

Selain itu, "My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?" juga dilihat sebagai implikasi negatif FB kepada manusia. Seperti tiada perkara lain yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian selain daripada berFB semata-mata. Celiklah mata, bukalah hati. Di luar sana banyak lagi aktiviti lain yang juga banyak manafaatnya selain hanya melekat dengan FB semata-mata. Walaupun apabila melayari FB kita akan membuka seluas-luasnya hubungan kita dengan seluruh dunia, tapi pada hakikatnya kita telah menyempitkan manafaat kehidupan sebenar yang juga perlu dicari.

Seterusnya, “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her” melambangkan terjejasnya hubungan kekeluargaan. Apabila anak-anak hanya sibuk berFB di dalam biliknya, maka interaksi bersama ahli keluarga lain akan menjadi semakin berkurangan. Malah ada juga yang berinteraksi perihal kekeluargaan bersama ayah dan ibu yang ditambah sebagai kawan dalam senarai mereka. Sedangkan keluarga adalah institusi paling rapuh pada masa kini. Diserang pula dengan gaya hidup berFB yang melekat di depan komputer menjadikan komunikasi sesama ahli keluarga akan terjejas.

Kesimpulannya, saya akui ulasan di atas boleh menjadi persepsi sahaja kerana tiada pembuktian yang saintifik atau kajian yang berautoriti. Namun, dalam urusan pembangunan sosial kewaspadaan dan sikap berhati-hati perlu diwujudkan dalam diri setiap manusia. Biarlah kita yang menguasai keadaan dan perubahan, jangan sampai keadaan dan perubahan yang menguasai kita.

10 maklum balas:

Mama Kembar 3 said...

salam. setuju. walaupun berita tu hoax je, tp in a way mcm sindiran sinis kpd pengguna tegar FB jugak kan. also a reminder supaya jgn terlalu bergantung kpd FB dlm berhubung dgn kawan kawan & family.

zulkbo said...

salam..
khabar angin rupanya..
saya suka saja kalau
FB tutup..macam2 dah dengar
berita buruknya..

uncle said...

ada dengan takde tidak membawa kesan apa-apa pada uncle hihih..sebab uncle bukan FB tegar..mengeluh juga tgk budaya FB merebak sampai ke pejabat..pernah bos uncle nak buat filter..sekat FB..perghh meroyan habis kakak dalam opis tu hahaha

kesan pengunaan FB ni tak payah melalui proses jangka panjang..sekarang pun sudah boleh liha kesannya..apa-apa pun semuanya FB .. dah sign up dalam intenet pun wajib ada FB adehhhh ...sesekali keluar pekeliling dari pengasas..boleh reda sikit kot hihihi

Jejaka Desa said...

Nok cari untung lebih la ter....

endiem said...

jgn tutup blog sudahlah..

endiem said...

jarang guna fb, tapi jgn tutup blog sudahlah..

abadi romeo said...

adalah tidak adil jika kita menyalahkan teknologi kerana kemusnahan kehidupan.
Pro dan kontra menjadikan manusia lebih banyak berfikir mencari jalan penyelesaian yg seimbang.
Win-win situation perlu bagi fB dan blog.fB cuma fenomena sementara mengisi medium kekosongan jiwa..sementara jiwa yg masih belum sibuk menguruskan hal2 lain yg lebih penting.

suri said...

fb hurm bukan blh layan sangat kalu tak de rhal penting jarang masuk fb heeee

Hisyam Muhibah said...

Mama Kembar 3 - betul tu, saya fokuskan bab sindiran dalam entri ini

Zulkbo - ditutup satu, dibuka 10 yang lain

Uncle - baguslah kalau takde akaun FB. tidak lah rasa susah pun hidup ni kalau takde FB

Jejaka Desa - mungkin juga cubaan untuk test kesetiaan pengguna FB

Endiem - tutup blog, kembali guna mailing list.. haha

Abadi Romeo - setuju dengan anda. teknologi hanyalah alat semata2. kalau dijadikan matlamat itu yang salahnya. apa2 pun, itulah saya utarakan perkara-perkara kebenaran dalam laporan palsu itu.

Suri - bagus..

humbleyat said...

saya pun kurang berfb,melainkan update event dengan kawan2 aje..:-)

Post a Comment

Powered by Blogger.