03 January, 2011

Keterujaan Peminat KF Berterusan


Nampaknya peminat Khairul Fahmi masih lagi 'excited' dengan kehebatan penjaga gawang itu. Selepas kemenangan pasukan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, populariti Khairul Fahmi mencuat naik. Twitter mengenainya berada pada kedudukan kelima paling tinggi di dunia selain akaun Facebooknya yang menjadi popular sekelip mata.

Terbaru apabila ada peminat yang mencipta laman web 'rasmi' Manchester United. Ada laporan mengenai kemungkinan besar Sir Alex Ferguson akan mengambil KF bagi menggantikan Van De Sar yang mahu bersara. Lebih menarik apabila akhbar arus perdana juga memetik laporan itu. Sedangkan laman web itu hanyalah rekaan semata-mata oleh peminat KF dan bukan laman web rasmi MU. Alamat laman web 'rasmi' itu adalah http://man-united.co.nr/ dan perhatikan di kaki laman tersebut yang menyatakan 'designed by akumainmainje'.

Apa-apa pun, kita berharap agar pemain-pemain pasukan kebangsaan tidak lah terlalu leka dengan sanjungan yang terlalu tinggi pada hari ini. Tumpukan perhatian kepada usaha pembangunan bola sepak seterusnya. Ada juga yang mahu melihat pemain-pemain bola sepak Malaysia berubah kepada yang lebih baik - menutup aurat semasa perlawanan dan di luar perlawanan.

8 maklum balas:

akuanakpahang said...

Salam, ini adalah salah satu cabang penyakit masyarakat melayu kita mudah leka dan hayal bila berhadapan dgn sedikit kesenangan dan kemewahan :(

Cik SHiNJU said...

Salam...

Takut jd mcm ahli2 sokan sebelum ni yang pernah cemerlang tapi akhirnye jatuh merudum selepas dilambung2 dan diberi pelbagai ganjaran.

zulkbo said...

salam..
harapan saya KF
tidak terlalu teruja
sampai lupa diri dan
kualiti pula nanti..
apa pun satu langkah
yang bijak jika beliau
bermain di liga english

APAN said...

ingat betul2 dah tadi...
nmpak gambar berbarov sebelah tu...
tambah lak transfer season skang ni kat epl...
huhu...

kalah mng adat bertanding...
harap2 orang kita bukan sokong kalau mng je...
:)

suri said...

anak malaysia sebenarnya blh pergi lebi jauh lagi..

Malaysia boleh

ctpayong said...

salam
betul! kak ct rasa harus juga kita beri cadangan terhadap isu tutup aurat ini...tidak salah malah wajib.

asal saja mereka pandai imbangi dan tidak leka dengan kejayaan ini dan semoga keterujaan peminat menyuntik semangat utk lebih berjaya.

suri said...

saya bangga menajdi anak Malaysia

humbleyat said...

risau jugak jika terlalu byk pujian membuatkan mereka lupa diri dan berasa tertekan isk isk

Sudahnya buah paku keras dipulangkan!

Post a Comment

Powered by Blogger.