22 January, 2011

Khalwat Nabi VS Khalwat Kita


Tatkala Baginda SAW hidup dalam kerosakan kaum kafir Quraisy yang melakukan kemaksiatan dan kerosakan dalam masyarakat, Baginda SAW telah mengasingkan diri ke Gua Hira'. Di dalam Gua Hira' Baginda SAW mensucikan diri dan beribadah. Sehinggalah pada suatu hari Baginda SAW didatangi oleh malaikat Jibrail yang turun membawa wahyu. Kalimah keramat 'Iqra' menjadi petanda pelantikan Baginda  SAW sebagai Nabi dan Rasul dan penutup kepada sekalian itu.

Itulah peristiwa yang selalunya dikatakan sebagai Nabi Muhammad SAW ber'khalwat' di Gua Hira'. Baginda menyendiri dan mengasingkan diri daripada segala kerosakan yang dibuat kaum Quraisy.

Namun, penggunaan perkataan khalwat dalam perbendaharaan Bahasa Melayu kita adalah sebaliknya. Ianya membawa konotasi negatif iaitu lelaki dan perempuan yang duduk berdua-duaan di tempat sunyi dan ditangkap pula oleh penguatkuasa agama.

Ada juga perkataan-perkataan lain Bahasa Arab apabila diserap dalam perbendaharaan Bahasa Melayu ianya sudah menjadi makna yang sebaliknya. Contohnya, perkataan على قدر yang membawa maksud 'melakukan bersungguh-sungguh'. Tetapi dalam Bahasa Melayu, kita menggunakan perkataan 'ala kadar' yang bermaksud buat lebih-lebih kurang saja. Perkataan Insya Allah pula semua pun sudah faham betapa negatifnya penggunaannya dalam Bahasa Melayu.

Ada beberapa perkara berkaitan khalwat Baginda SAW yang perlu kita perhatikan. Pertamanya, khalwat Baginda SAW bukan semata-mata suka-suki tetapi kerana pertentangan jiwa dan susuk tubuhnya dengan suasana maksiat kaum kafir quraisy. Diri Baginda SAW yang bersih suci itu tidak boleh menerima keadaan rosak masyarakat. Maka bagi menyelamatkan diri Baginda, salah satu caranya ialah dengan mengasingkan diri daripada kerosakan.

Begitu juga pada masa kini. Pedomannya khalwat Baginda SAW ini harus dilihat dari aspek kita tidak melibatkan diri daripada kegiatan dosa dan maksiat. Tidak terlibat dan tidak bersekongkol menganjurkannya. Maka jauhkan diri atau berkhalwat daripada kerosakan manusia yang hanyut dengan dosa.

Keduanya, kalau hendak mencari gua pada masa sekarang bimbang juga nanti digelar gila atau mengamalkan ajaran sesat (hahaha). Maka, khalwat pada zaman sekarang ini adalah qiyamullail kita setiap malam itu. Khalwat Baginda SAW tidak perlu dilihat daripada fizikal lokasinya, tetapi perlu dilihat daripada segi pengisian atau aktiviti yang dilakukan Baginda SAW semasa khalwatnya itu. Baginda SAW beribadat mendekatkan diri kepada ALlah Tuhan Maha Pencipta.

Begitu juga kita pada masa sekarang, bukan soal lokasi khalwat. Tetapi mengenai ibadah kita kepada ALlah secara bersendiri pada malam hari. Hubungan kita secara langsung dengan ALlah semasa berqiyamullail. Kita juga melupakan sejenak keselesaan dunia dan bermujahadah untuk mencari redha ALlah.

Ayuh, berkhalwat mendekatkan diri dengan ALlah SWT!

8 maklum balas:

hazeleyed lady said...

ass-Salam
good sharing...TQ

zulkbo said...

salam..
terima kasih penerangan..
macam sudah tahu tapi
kadang-kala confused juga
sekarang dah jelas..

Hisyam Muhibah said...

Hazeleyed - TQ 4 reading. sharing is caring

En. zulkbo - kita segarkan semula ingatan kita mengenai ehwal agama

8989 said...

assalamualaikum..
tq 4 da info..
kira pnggunaan bhs arab yg slah diertikn dlm bahasa melayu..prnh dgr mmber explain pasal ni dlu ^ ^

suri said...

berdampingan denganNYA pasti kehidupan kita akan tenang..

humbleyat said...

suka sgt post ni..sama2 refresh balik supaya khalwat kita berdasarkan lillahi taala:-)

Hisyam Muhibah said...

8989 - TQ kerana membaca entri ini. gunakan bahasa arab dengan konteks yang betul apabila diterjemahkan ke dalam bahasa melayu

suri - InsyaAllah

Humbleyat - sharing is caring

Anonymous said...

alhamdulillah. p'kongsian yg mnrik untk usrah pd hari ini.. (tjuk ; khalwat Nabi S.A.W di Gua Hira')

Post a Comment

Powered by Blogger.