12 January, 2011

Laman Web Berkaitan Al-Quran Yang Digunakan

Al-Quran adalah mukjizat teragung yang dikurniakan ALlah SWT kepada hamba-hambaNya. Maka, seharusnya kita sebagai hamba-hambaNya benar-benar memanfaatkan isi kandungan kitab suci ini. Amat malanglah hidup kita jika hari-hari kita berlalu tanpa ada manafaat yang diambil daripada Al-Quran.

Dalam era teknologi siber, Al-Quran turut terkesan dengan versi-versi digital dihasilkan. Sekarang, Al-Quran boleh dibaca di Internet, dalam PDA, iPod dan telefon bimbit. Samada dalam bentuk laman web mahupun aplikasi-aplikasi yang serasi gajet.

Ada 3 laman web berkaitan Al-Quran yang sering saya gunakan :


Laman SearchTruth.com ini saya gunakan untuk mencari ayat-ayat Al-Quran secara spesifik berdasarkan ayat-ayatnya. Terjemahan ayat-ayat dalam pelbagai bahasa juga boleh diperoleh di sini. Selain terjemahan, tafsiran kepada ayat-ayat juga terdapat di dalam laman ini.


Laman Quran.com ini pula lebih menarik perhatian saya kerana format ayat-ayatnya dalam bentuk imej. Bermakna, saya boleh menggunakan URL imej (ayat tersebut) untuk diimport masuk ke dalam blog ini atau disalin dan ditampal ke dalam slaid pembentangan.

Manakala laman Al-Quran.ca ini pula untuk saya mendapatkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada 8 orang yang terkenal. Kemerduan suara mereka semasa membaca Al-Quran benar-benar menyentuh hati. Setiap surah dijadikan satu fail. Semua surah boleh dimuat turun untuk didengar secara offline.

2 maklum balas:

endiem said...

terima kasih,, insyaallah akan guna juga..

Hisyam Muhibah said...

Endiem - manfaatkan

Post a Comment

Powered by Blogger.