13 January, 2011

Mengapa Dikejar Pangkat Di Dunia?


Kilauan duniawi memang mempersonakan. Semakin dikejar semakin tidak dapat. Semakin mendapat semakin tidak cukup. Semakin meminum semakin dahaga. Keindahan dunia hanyalah sementara. Namun, perhiasan dunia tiadalah menjadi bekalan menuju negeri akhirat yang abadi.

Di dalam buku 3T : Taubat, Tasbih, Tahajjud, pengarangnya Zainal Ali Akbar (2008) menyatakan bahawa kilauan dunia sentiasa mengghairahkan dan menyenangkan nafsu manusia. Akibatnya, hati mencintai kilau dunia dan akhirnya, manusia terpenjara oleh nafsu. Apabila hal ini berlaku, hati manusia tidak lagi bertakhta sebagai raja di dalam tubuhnya kerana iblis dan syaitan berjaya menawan hati manusia itu dan akhirnya, dia bekerjasama dengan iblis dan syaitan.

Selepas membaca laporan Utusan mengenai gelaran 'Datuk' yang dibeli, kita boleh anggap segala sangkaan selama ini telah terjawab. Jawapannya adalah betul. Ya, memang ada gelaran 'Datuk' yang boleh dijual beli. Pokok pangkalnya jika ada wang, seluruh dunia ini boleh dibeli juga.

Gelaran 'Datuk' adalah kurniaan oleh Raja-Raja Melayu kepada sekalian rakyat yang berjasa dalam bidang masing-masing. Sudah tentulah gelaran 'Datuk' itu atau gelaran-gelaran lain datang bersama dengan tanggung jawab dan amanah. Perlu diteruskan jasa bakti kepada sekalian manusia. Bukan untuk kemegahan dan keseronokan dunia semata-mata.

Nah, walaupun ada ramai yang banyak jasanya di luar sana, belum tentu dia dikurniakan apa pangkat dan gelaran sekali pun. Namun, ada juga yang sudah terpukau oleh kilauan dunia dan segala tipu muslihatnya, maka dia memiliki gelaran tersebut. Sekali lagi, asa saja ada ongkosnya, semua jadi beres.

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada berita ini.

3 maklum balas:

yastro said...

Dunia mendahului Akhirat...kalau boleh beli syurga dan neraka,gamoknye ramai yg dh beli ter...

zulkbo said...

salam..
saya biasa dah..buang air di tandas di KLCC..alamak ada 5 orang semuanya dalam tandas..saya sorang je tidak Dato, rasa bangga pulak..sebab bilangan Dato dah terlalu banyak..sekarang ni baling batu secara rawak pun boleh kena kepala Dato' bukan kepala orang biasa..he he

Hisyam Muhibah said...

yastro - hidup sesetengah manusia ditentukan oleh duit

zulkbo - haha, betul tu

Post a Comment

Powered by Blogger.