07 January, 2011

Mengharapkan Kesan Domino


Kita semua sudah maklum akan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan kita bangkit untuk menjadi juara di peringkat Asia Tenggara. Penghujung tahun 2009 Harimau Malaya menjuarai pingat emas dalam Sukan Sea. Manakala pada penghujung tahun 2010 pula, kita menjuarai Piala AFF Suzuki.

Pujian melambung setinggi langit. Ganjaran material sedang menanti pemain-pemain. Malah sehinggakan muncul fenomena Khairul Fahmi di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. Sememangnya kesemua pemain termasuk jurulatih, pengurus dan pegawai pasukan kebangsaan layak mendapatkannya.

Kehadiran penonton ke stadium untuk menyokong pasukan Harimau Malaya juga sudah kembali pulih. Sudah lama stadium tidak dipenuhi sehinga 85000 penyokong pasukan kebangsaan mereka. Ianya berlaku di Bukit Jalil bulan lepas. Sudah lama orang tidak mengambil kisah siapa pemain kebangsaan. Tetapi sekarang semua nama pemain kebangsaan menjadi mainan di bibir peminat-peminat.

Kita mengharapkan kesan domino dengan kebangkitan pasukan kebangsaan ini. Kesan domino merujuk kepada perkara-perkara yang akan berlaku selepas ini disebabkan oleh kejayaan pasukan kebangsaan ini. Diharapkan juga kesan domino tersebut akan menjurus kepada pembangunan sukan bola sepak negara dengan lebih baik lagi.

Pertamanya, sudah tentu kita mahu melihat liga tempatan untuk musim baru 2011 ini akan berjaya menarik perhatian peminat semula. Beberapa tahun kebelakangan ini, hanya pasukan yang konsisten menang sahaja berjaya menjamin kehadiran penonton yang 'full house'. Pasukan yang prestasinya Yo-Yo sudah tentulah kehadiran penyokongnya Yo-Yo juga. Apabila lebih ramai penonton datang ke stadium, maka pasukan-pasukan negeri dan kelab boleh bernafas lega. Kutipan duit tiket boleh dijadikan belanja untuk mengurus kewangan pasukan mereka.

Seterusnya, diharapkan pihak penaja juga akan tampil dengan jumlah tajaan yang besar. Baru-baru ini diberitakan Astro telah bersetuju untuk menaja sebanyak RM220 juta. Ini jumlah yang besar dan dikira mampu untuka merancakkan lagi Liga Malaysia untuk musim 2011 ini. Dengan penglibatan Astro, lebih banyak liputan boleh dibuat. Bermakna, lebih banyak maklumat akan mudah diperolehi oleh peminat-peminat bola sepak tanahair. Apabila peminat bermaklumat, lebih ramai yang akan menjadi pengikut kepada liga tempatan kita nanti.

Tidak kurang juga harapan kita agar pasukan kebangsaan akan mampu bersaing di peringkat lebih tinggi. Selepas menjadi juara Asia Tenggara, maka sasaran seterusnya sudah tentulah peringkat Asia. Jika dibandingkan pasukan Malaysia dengan negara-negara Asia yang lain, nampaknya masih jauh lagi pencapaiannya. Jepun, Korea Selatan, Korea Utara jauh meninggalkan Malaysia. Begitu juga negara-negara Asia Barat seringkali mengalahkan Malaysia dalam perlawanan peringkat Asia. Berjaya melayakkan diri ke peringkat kedua dalam Sukan Asia baru-baru ini adalah petanda baik untuk kebangkitan di peringkat Asia. Semangat dan komitmen pemain serta disiplin mereka akan menjadikan harapan ini satu realiti. Dengan mood kejuaraan Asia Tenggara sudah tentulah mereka tidak mahu diperbudakkan apabila bersaing dengan gergasi bola sepak peringkat Asia ini.

8 maklum balas:

abgreds said...

Salam Syam...
Dah lama juga tunggu kebangkitan pasukan kebangsaan ni.
Teringat waktu suram dulu, dapat minimakan jumlah kena gol pun dah kira bagus (keputusan dah tentu kalah!)..
Satu lagi nak ucap terima kasih tentang entri pasal url tu, saya memang tak tau..
Terima kasih banyak..

Jejaka Desa said...

Lame dah tak melompat kala nengok bolo.

APAN said...

setuju...nak sokong kelab lua x salah...
cume jngan lupe kelab2 tempatan dah r...
sape lagi nak sokong...
tapi kalau game ok orang mesti nak tengok...
semoga berjaye kpd semua pemain termasuk management...
:)

zulkbo said...

salam..
harapan saya,prestasi pasukan negara biarlah sentiasa maintain biarpun dengan pujian melambung..takut mereka alpa dan leka je..

Hisyam Muhibah said...

AbgReds - kita teruskan sokongan kepada pasukan kebangsaan. Artikel url tu untuk perkongsian semua juga.

Jejaka Desa - hebat...

Apan - semuanya bergantung kepada prestasi pasukan negeri dan kelab

Zulkbo - pujian berlebihan petanda bermulanya kemunduran

suri said...

Malaysiaku Gemilang..semoga pasukan bola kita akan terus mantap

Hisyam Muhibah said...

Suri - sama2 berharap

humbleyat said...

Dalam masa yg sama, pasukan bola sepak ini juga perlukan semangat dari kita:-)
Jadi teruskan menyokong, walaupun mereka tersungkur dan kita cuba bangkitkan kembali sepakan emas mereka dgn sorakan yg gemuruh:-))

Post a Comment

Powered by Blogger.