17 January, 2011

Mewaspadai Jenayah Disebabkan Facebook


Berada di atas talian (online) bermakna kita membuka diri kita untuk bersambung dan disambungkan dengan dunia seluruhnya. Segala perlakuan kita secara online boleh diperhatikan oleh manusia seluruh dunia. Segala percakapan secara online boleh dibaca oleh seluruh dunia juga. Ini bermakna, kita akan berhadapan dengan seribu satu kemungkinan yang mungkin terfikir atau tidak terfikir boleh kita bahawa ianya akan berlaku.

Facebook merupakan laman sosial paling popular pada masa sekarang. Lupakanlah berita yang kononya FB akan ditutup pada bulan Mac ini -- hahahaha. Ianya akan terus menjadi medium komunikasi sosial yang penting. Disebabkan keberkesanannya dalam menghubungkan manusia, FB digunakan untuk tujuan promosi perniagaan, menghebahkan acara sosial, mencari peserta program, menyebarkan mesej-mesej agama dan lain-lain. Ini boleh dilakukan kerana kemampuan FB untuk menyaring pengguna-penggunanya berdasarkan maklumat peribadi yang dimasukkan oleh mereka.

Maka, dengan maklumat peribadi yang dimasukkan oleh penggunanya, ianya juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan negatif - jenayah. Laporan The Star hari ini cukup relevan dan penting untuk difikirkan oleh semua pengguna FB di negara kita. Pengguna FB di Malaysia menjadi sasaran jenayah seluruh dunia kerana maklumat peribadi yang mereka masukkan ke dalam FB. Maklumat seperti alamat pos, nombor telefon dan gambar boleh dimanipulasikan untuk tujuan jenayah seperti pengedaran dadah, black-mail, gangguan seksual, dan pemalsuan identiti.

Berdasarkan laman Socialbakers.com yang diwujudkan khusus untuk mengkaji statistik penggunaan FB, pengguna FB di Malaysia adalah seramai 9,874,860 dan berada pada kedudukan ke 16 berbanding negara-negara seluruh dunia. Jumlah tersebut mewakili 37.75% daripada populasi penduduk Malaysia. Sungguhpun begitu, pakar-pakar keselamatan siber seringkali mengingatkan pengguna FB di Malaysia agar tidak terlalu naif dengan memasukkan maklumat peribadi yang terlalbu banyak dan lengkap di dalam FB.

Maka langkah-langkah berikut wajarlah diambil tindakan oleh pengguna-pengguna FB :

  1. memadamkan maklumat peribadi yang boleh dimanipulasi oleh penjenayah di FB.
  2. hanya menerima profail pengguna yang benar-benar dikenali sebagai rakat FB.
  3. tidak menyertai FB Group atau Page yang tidak relevan dengan diri sendiri.
  4. tapis dahulu gambar-gambar yang hendak dimasukkan.
  5. halang pengguna yang menghantar maklumat yang tidak diminta.
  6. fikir banyak kali sebelum mengklik pada mana-mana pautan.
  7. berhati-hati dengan aplikasi atau kuiz yang memerlukan akses kepada profail diri anda.

4 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
pulak dah..
kalau begitu
molek sangatlah
di haram kan ke
FB nih..semua beralih
ke blog..senang nak
pantau..

Jejaka Desa said...

Koi nunggu mase je nok madam ke FB ter.

APAN said...

tq for da info...
kene tapis2 sket r pasni...

Hisyam Muhibah said...

Zulkbo - banyak dah kes jenayah berkaitan FB yang dilaporkan di negara kita

Jejaka Desa - kala oak tok pake, padam je lah

Apan - tq

Post a Comment

Powered by Blogger.