31 January, 2011

PKPIM 50 Tahun, Melakar Sejarah, Memimpin Masa Depan



Salah satu perkara yang membentuk jiwa dan peribadi diri saya ialah wadah ini, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). PKPIM ialah sebuah pertubuhan pelajar peringkat kebangsaan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan sepenuhnya oleh pelajar. Saya menyertainya bermula tahun 1998 sehingga tahun 2004, 6 tahun zaman pengajian tinggi.

Alhamdulillah, sejak ditubuhkan pada tahun 1971 dahulu, PKPIM terus kekal relevan dan masih wujud beraksi di tengah-tengah ummat. Tahun 2011 adalah tahun yang penting iaitu genapnya usia PKPIM 50 tahun atau disebut juga Sambutan Jubli Emas. Kelmarin diadakan majlis pelancaran sambutan ulangtahunnya yang ke 50. Bertempat di Universiti Malaya, sudah tentu nostalgia penubuhannya 50 tahun lagi di Asrama Kedua UM akan terhimbau.

Apa yang penting PKPIM perlu sentiasa dinamik untuk terus kekal relevan. Penglibatan dalam isu-isu semasa khususnya pendidikan dan kemahasiswaan akan terus menjadi tumpuan. Selain gerak kerja menjadi juru bicara ummat bagi menyuarakan permasalahan dan kemelut ummat akan tetap menjadi keutamaan. PKPIM juga perlu terus komited dalam melahirkan pemimpin-pemimpin yang tegar menghadapi sebarang mehnah dan tribulasi.

Semoga PKPIM akan terus berjasa sesuai dengan motonya HIDUP BIAR BERJASA.

1 maklum balas:

smtabi'in said...

satu pengalaman yang sangat BERHARGA menganggotainyaa...

Post a Comment

Powered by Blogger.