14 January, 2011

Prihatin Yang Tak Kena Tempat


Salah satu isu besar di negara kita masa kini adalah kemalangan jalan raya. Statistik kemalangan setiap hari sentiasa meningkat. Pada masa kini purata kes kemalangan yang dilaporkan adalah sekitar 1500 kes setiap hari! Kerugian juga terpaksa ditanggung oleh semua pihak yang berkaitan. Sudah tentulah kerugian yang paling menyedihkan adalah kehilangan nyawa.

Satu budaya negatif di kalangan orang ramai adalah keinginan untuk melihat kemalangan yang berlaku. Terukkah keadaan kereta itu? Masih hidupkah mangsa-mangsanya? Sehinggakan ada pemandu yang  memberhentikan kenderaan di tepi jalan, turun dan mendekati lokasi kejadian. Ada juga yang mahu mengambil gambar untuk dimuatnaikkan ke Internet - membuktikan dialah orang pertama yang berada di tempat kejadian. Maka, pergerakan lalu lintas akan semakin perlahan kerana ada pemandu lain yang memperlahankan kenderaan mereka atau memberhentikan kenderaan untuk melihat sendiri kejadian.

Kita ucapkan terima kasih kepada yang menolong mangsa-mangsa. Tetapi, yang menjadi penonton biasanya lebih ramai jumlahnya berbanding yang menolong.

Jalan raya atau lebuh raya di Malaysia pada masa sekarang adalah sangat sensitif. Ini disebabkan bilangan kenderaan yang semakin bertambah di atas jalan raya. Apabila ada pemandu yang memberhentikan atau memperlahankan kenderaan, maka secara automatik pergerakan akan menjadi perlahan serta boleh juga mengakibatkan kesesakan. Kemalangan-kemalangan kecil juga tidak mustahil boleh berlaku.

Sudah tentulah masalah berbangkit apabila berlaku kemalangan ini juga perlu diselesaikan. Wajarlah jika pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas dikenakan tindakan saman. Peruntukan undang-undangnya adalah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

Bukan tidak boleh bersikap prihatin. Tetapi, gunakanlah kewarasan akal fikiran untuk menimbangkan samada prihatin pada waktu tersebut kena atau tidak kena pada tempatnya.



6 maklum balas:

zulkbo said...

Salam Jumaat..
memang ini yang selalu menjadi
masaalah orang Malaysia,asal kemalangan sibuk nak tengok..tapi saya paling tak suka bab pemandu kita bila memandu macam lupa diri..asal kereta kecil mesti macam nak sondol je..semuanya tak tahu bersabar bila memandu..

ozzy said...

salam..

Setuju..memang ini sering kita perhatikan apabila berlaku kemalangan.Ramai yg cuma nak tgk apa yg berlaku selepas itu terus pergi tanpa membuat apa2 utk membantu.

endiem said...

ramai juga yang tak mahu berhenti kerana takut , geli dan lemah semangat jika melibatkan kemalangan maut.

APAN said...

hoho...tengok pun da bole kene saman skang ni kan...
x sabar nak tunggu tindakan tu...
berubah ke x...
:)

yastro said...

Agak2nya...camne la kita nak ubah sikap orang2 kita ni.
Saya rasa macam susah sikit,sbb semuanya bermula dari kecik,pas tu bila besar terdedah dgn budaya orang kita,bila terdedah..mudah terpengaruh...so nak ubah sikap tu rasanya makan masa yang lama,silap2 mmg tak boleh...
Saman bila tgk pun ok gak,cuma pelaksanaan jer,boleh ke pihak polis betul2 tegas dlm menjalankan tanggungjawab tu...

Hisyam Muhibah said...

zulkbo - mudah lupa diri masa memandu, orang kata enjin ni 'berhantu'

ozzy - itulah namanya prihatin tak kena tempat

endiem - kalau kemalangan baru berlaku, ada yang tak sanggup nak tengok keadaan mangsa

apan - mesti ramai yang nak tengok pelaksanaan saman ni. silap gayanya makin bertambah sesak kalau ada saman ni nanti

yastro - betul tu. sikap memang sukar diubah.

Post a Comment

Powered by Blogger.