19 January, 2011

Salah Tafsir Rezeki Terpijak & Jalan Keluar Tak Disangka-Sangka


Dalam kehidupan orang Melayu selalu kita dengar mengenai 'rezeki terpijak'. Ianya merujuk kepada pendapatan yang diperolehi dalam jumlah yang besar sekaligus atau sekali pijak. Jumlah yang besar itu relatifnya mungkin sama dengan setahun gaji bulanannya. Biasanya dalam kesempitan hidup manusia kerana terhadnya duit yang ada, memang selalu kita mengharapkan agar mendapat 'rezeki terpijak' ini.

Kaitannya dalam ajaran Islam, kita didedahkan dengan ayat Seribu Dinar yang didalamnya ada perkataan 'makhraja' yang bermaksud jalan keluar dan 'haithu la yahtasib' yang bermaksud tidak disang-sangka. Maka kita digalakkan untuk mengulang-ulang baca ayat ini sebagai doa supaya ALlah akan mengurniakan rezeki-rezeki yang tidak disangka-sangka bagi menyelesaikan kesempitan hidup.

Tetapi, cerita petang semalam di Rembau lain sedikit. Selepas sebuah Toyota Hilux terbabas kerana dilanggar kereta BMW, maka bertaburanlah duit-duit syiling yang dibawanya menuju ke Melaka. Jumlah duit syiling itu adalah RM75,000. Orang ramai yang berada di kawasan tersebut tidak melepaskan peluang untuk mengutip duit-duit syiling tersebut.

Baik, saya tidak mahu bersangka buruk kepada orang ramai yang mengutip duit syiling tersebut. Sangkaan saya tetap baik kepada mereka iaitu mereka membantu untuk mengutip duit syiling yang ribuan keping itu dan memulangkan semula kepada tuannya yang kemalangan itu.

Namun, yang dibimbangkan ialah ada yang mengambil kesempatan dengan memenuhkan poket mereka dengan duit-duit syiling tersebut. Adakah semata-mata berlakunya kemalangan dan barang yang dibawa oleh kenderaan tersebut bertaburan, kita boleh mengambilnya sesuka hati? Malah, kalau barang lain sekalipun yang bertaburan, akan ada yang mengambil kesempatan untuk mengambilnya dan dibawa pulang.

Adakah alasan 'rezeki terpijak' atau terkabulnya doa mereka hingga menemui 'jalan keluar yang tidak disangka-sangka' mewajarkan mereka mengambil barang-barang mangsa kemalangan itu? Sudah tentu tidak sama sekali. Senang kata, kita mencuri barang mangsa kemalangan dan pastinya mencuri itu hukumnya haram! Maka kefahaman rezeki terpijak dan jalan keluar tidak disangka-sangka sudah disalah tafsir untuk dijadikan alasan perbuatan curi  mereka itu.

Yang sebenarnya, rezeki terpijak dan jalan keluar tidak disangka-sangka itu mesti diawali dengan usaha juga. Apabila kita kesempitan wang, maka kita akan berfikir untuk membuat kerja tambahan supaya mendapat rezeki lebih. Ataupun kita terlibat dalam kerja-kerja pembangunan sosial dan kebajikan, maka ALlah membuka rezeki kepada kita daripada sumber yang tidak disangka-sangka. Maka, rezeki terpijak dan jalan keluar tidak disangka-sangka tanpa sebarang usaha adalah tidak boleh diterima.

5 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
rasanya buat apa nak
gadai nyawa bila ngutip duit tu
mesti penuhkan poket sendiri dulu
jadi memang satu langkah yang tidak baik

Suara Kalbu said...

Salam tuan,
Terkejut juga mendengar berita ini di radio pagi tadi. Mulanya mahu bersangka baik juga tapi biasalah jauh sudut hati tu terpaksa akui bahawasanya betulke mereka ni mahu membantu mangsa ?

Di saat orang lain sedang ditimpa musibah, bimbang ada yang mengambil kesempatan dengan mengutip syiling itu masuk ke poket sendiri. Kalau kaya pun sekejap saja kerana rezeki yang tidak halal itu sudah pasti tak mendatangkan kesenangan pun.

Jejaka Desa said...

Ramei ngutik masuk poket sendiri ter la....

yastro said...

Dah tentu kita tau duit tu sapa yg punye...bila ambik x kan x tau lagi hukumnya....hmmmmmmm...

cik ain said...

tak patut lah kalau kita ambil kesempatan atas kesusahan org lain.kalau tk igt dosa pun fkr lah kalau kita yg jd mangsa....

Post a Comment

Powered by Blogger.