07 February, 2011

3 Jenis Kehidupan Manusia


Secara umumnya, kehidupan manusia terbahagi kepada 3 jenis :

  1. Kehidupan Rasmi (Official Life)
  2. Kehidupan Sosial (Social Life)
  3. Kehidupan Peribadi (Private Life)
Kehidupan rasmi manusia ini biasanya ditandai oleh profesyen atau kerjayanya. Jika masih belajar, akan dilihat pada jadual kuliah atau tutorialnya. Kehidupan rasmi ini dikawal oleh majikannya. Kawalan yang dikenakan ialah waktu kerja/pejabat, tugasan harian, tempat kerja, mesyuarat, dan lain-lain. Manusia itu sendiri perlu mengikut jadual hidup yang telah disusun bagi memenuhi kehidupan rasminya. Orang lain pula boleh mengenalpasti seseorang itu melalui kehidupan rasminya ini. Bermakna, orang lain akan tahu pergerakan seeorang itu berdasarkan kehidupan rasminya.

Adapun kehidupan sosial pula merujuk kepada waktu-waktu di luar kehidupan rasmi, atau selepas waktu pejabat. Biasanya dirujuk pada waktu petang, malam, hujung minggu dan hari cuti umum. Biasanya seseorang akan mengisi masa kehidupan sosialnya untuk melakukan hobi mereka. Tidak kurang juga waktu kehidupan sosial ini digunakan untuk bertemu orang lain yang berada dalam jaringan pengaruhnya. Kehidupan sosial ini dikawal oleh diri seseorang itu sendiri, tidak orang lain. Namun, orang lain boleh mengajak seseorang untuk menyertai aktiviti yang diminatinya jika sesuai dengan waktu kehidupan sosialnya. Di sinilah kita akan lihat manusia pergi memancing, membeli belah, balik kampung, berekreasi, mengunjungi pusat hiburan, menghadiri program-program motivasi, menunaikan solat di  masjid, menganjurkan majlis hari jadi, dan lain-lain.

Kehidupan peribadi pula adalah kehidupan yang paling sukar untuk dikesan oleh orang lain. Hanya seseorang itu sahaja yang tahu apa yang dia akan buat semasa kehidupan peribadinya. Ini adalah masanya untuk seseorang bersendirian atau hanya bersama orang terdekat bagi mengisi masa privasinya. Jarang-jarang orang lain mengetahui apa, di mana, dengan siapa, bagaimana seseorang mengisi masa peribadinya. Samada masa kehidupan peribadinya diisi dengan aktiviti yang baik atau buruk, hanya ALlah yang Maha Mengetahui.

7 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
yang nyata kehidupan hanya
pinjaman..kepadaNya jua kita
kembali..

Jejaka Desa said...

Tak kire dimane kehidupan kite,kematian jangan sesekali dilupe.

DATO MUDA NIZAR said...

bole dibahagikan tiga??hmm....idup ini sementara...=)

ozzy said...

Assalam..

Apa yg penting bagaimana kita berhadapan dan menempuh cabaran dlm kehidupan.

hidup ibarat roda --> http://ozzy2u.blogspot.com/2011/02/roda-impian.html

yua said...

setuju dgn ayt yg last, hanya Allah Maha Mengetahui apa yg kita lakukan...

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,
Kehisupan peribadi walaupun milik mutlak kita, tapi masih ada juga yang mengawalnya iaitu Allah S.W.T.

Hisyam Muhibah said...

zulkbo - setuju, perlu rancang bekalan ke sana

Jejaka Desa - kematian sekarang banyak yang mengejut

DMNizar - dibahagi 3 untuk mudah difahami supaya kehidupan sosial itu diisi dengan benda2 kebaikan

ozzy - ya, hidup penuh cabaran dan perlu ditempuhi dengan bijaksana

yua - Allah jua yang maha berkuasa

LL - setuju, walaupun orang lain tak tahu apa yang kita buat dalam kehidupan peribadi, ingat sajalah Allah

Post a Comment

Powered by Blogger.