22 February, 2011

Hebahan Program Perkampungan Menara Gading 2011 Peringkat Pahang


Program Perkampungan Menara Gading (MENARA) adalah program yang diilhamkan dan sangat sinonim dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Di negeri Pahang khususnya, ianya telah dianjurkan setiap tahuun sejak 1999 lagi. Program yang berorientasikan latihan dan pembangunan ini menjadi medan terbaik untuk mempersiapkan pelajar-pelajar lepasan SPM yang akan menyambung pelajaran ke menara gading. 

Realiti kehidupan dan cabaran alam kampus diberikan penekanan di dalam program ini. Ianya disampaikan dalam bentuk ceramah dan kumpulan dinamika. Selain itu, aktiviti riadah dan kerohanian turut diberikan penekanan supaya para peserta mempunyai ketrampilan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, intelek dan rohani.

Tahun 2011 sekali lagi Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN) dan PKPIM berganding tenaga untuk menganjurkan program ini.

-------------------

Kala rodong-rodong ada adik ke anok sedare ke jiren sebeloh rumoh ke hok yaing tengoh nunggu keputusen spm, stpm ata metrik, bulehlah ajok deme teh masok progrem neh..

9 maklum balas:

Amira Naddia said...

kalau da ade degree leh join tak??
bosan aa dok umak..
nk jd faci bleh? hehe

Hisyam Muhibah said...

Amira - nak jadi fasi, cuba call no yang ada dalam poster tu..

humbleyat said...

wah..dulu after SPM join PMG jugak..:-)

Hisyam Muhibah said...

humbleyat - PMG yang mana? alhamdulillah PMG masih bertahan sampai sekarang

zulkbo said...

salam singgah..
semoga sihat dan ceria empunya blog..program yang baik ini harapan anda berjaya dalam menjayakannya..

Jejaka Desa said...

Banyok amat pekdoh nye ter...

cemomoi said...

teringat waktu blajo dulu, kitorang pkap ukm buat seminar kecemerlangan untuk stpm & spm seluruh pahang

mustafiyah said...

Teringat PMG Kuantan dulu.. Hrpny nie lbh baek dr yg lepas2.

All the best en Hisyam! ^_^

humbleyat said...

PMG tahun 2001...
tp masa tu jadi committee..
start kenal, jejak menara gading di annexerest house..:-)

alhamdulilah bertahan smpi sekrang yek.tahniah..:-)

Post a Comment

Powered by Blogger.