18 February, 2011

Kepentingan Pilihanraya Kecil


DUN Kerdau akan menyaksikan pilihanraya kecil yang ke 16 selepas pilihanraya umum ke 12 pada Mac 2008. Daripada 16 PRK, 3 disebabkan oleh perletakan jawatan pemenangnya iaitu Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti. Selebihnya disebabkan kematian ADUN berkenaan. Namun, daripada 13 kematian, hanya 1 disebabkan kemalangan. Bermakna, 12 lagi disebabkan faktor kesihatan!

Adakah YB-YB kita terdiri daripada mereka yang tidak akan lulus medical check-up jika dibuat ke atas mereka? Atau adakah tekanan kerja sebagai seorang YB menyebabkan kesihatan mereka terganggu? Atau mungkin juga sebelum menjadi YB, kesihatan mereka OK, tetapi selepas menjadi YB yang akan menjamu selera setiap kali menghadiri majlis menyebabkan kesihatan mereka tidak terjaga?

Semua itu hanya ALlah yang tahu dan Dialah sahaja yang mempunyai jawapannya.

Dalam entri lepas saya ada memetik ulasan Sdr. Norizan Sharif mengenai tidak perlunya diadakan pilihanraya kecil. Parti yang telah memenangi kerusi itu semasa PRU, namakan sahaja penggantinya. Banyak kos boleh dijimatkan selain pertentangan politik akan dapat dikurangkan demi memberikan tumpuan kepada kebajikan rakyat.

Namun, selepas berfikir-fikir semula, PRK ada justifikasinya sendiri. Daripada 14 PRK yang sudah berlalu, 4 daripadanya berjaya dirampas oleh parti lawan daripada parti yang memenanginya semasa PRU12 lalu. 4 kerusi itu adalah Kuala Terengganu, Sibu, Galas dan Hulu Selangor. Apa maknanya di sini? Pada saya, keputusan PRU khususnya PRU12 bukanlah keputusan yang solid. Ianya disebabkan oleh sentimen rakyat terhadap sesuatu isu atau kerajaan yang memerintah.

Maka tidak pelik jika sentimen yang menjadi asas semasa memangkah kertas undi, ianya tidak akan konsisten. Faktor pengundi atas pagar yang akan melihat dan menilai pemain-pemain politik negara tidak boleh dinafikan lagi. Undi mereka boleh berubah mengikut mood dan keadaan selepas PRU diadakan.

Maka PRK diperlukan untuk memulangkan semula kuasa kepada rakyat dalam membuat pilihan. Jika mereka berpuas hati dengan prestasi YB dan parti yang diundi semasa PRU, maka tidak mustahil undi yang sama akan diberikan dalam PRK. Sebaliknya, jika tidak berpuas hati atau sentimen tertentu masih semarak atau bertambah kuat, maka tidak mustahil undi mereka akan berpindah arah.

Ini lah kompleksnya pilihanraya!!

3 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
nak buat goner..yang senior
semua tua belaka..bila dah menang tu
makanan pun mewah belaka..penyakit mudah hinggap..sikap YB pun utama,jagalah kesihatan anda..tapi kita tak menolak juga faktor ajal di tangan Allah jua..wallahualam

APAN said...

intro yg menarik kat atas tu...
huhu...

papepun point yag diberikan mmg betul gak...
biapun ak x penah mengundi lagi...
taste orang ni berubah2...
x tetap...
dri situ gak bole nilai untuk pru nanti kot...
:)

Hisyam Muhibah said...

zulkbo - setuju, ajal maut di tangan Allah

APAN - harapnya berubah taste bukan lagi atas dasar sentimen, tetapi atas dasar keyakinan

Post a Comment

Powered by Blogger.