23 February, 2011

Memanfaatkan Bob Lokman Untuk 'Crowd Puller' Dakwah


Umum sudah mengetahui perkembangan terbaru Sdr. Bob Lokman yang melakukan penghijrahan dirinya kepada kehidupan beragama. Berdasarkan temubualnya dengan wartawan TVPas, dia menyatakan kekesalan atas kegagalannya untuk mendidik anaknya ke jalan yang benar dan dia bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan. Maka wadah PAS dipilih untuk menerokai ilmu agama dan kebenaran dalam hidupnya.

Syukur, Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada Sdr. Bob Lokman.

Beberapa perkara yang bermain di fikiran saya ialah nampaknya penghijrahan artis atau selebriti tidak menjadi fenomena di negara kita ini. Nama-nama seperti Azmil Mustapha, Akil Haiy, Wardina, Fauziah Ahmad Daud, Mel dan lain-lain sudah kita sedia maklum. Namun, impaknya seperti tidak terasa ke seluruh negara. Penghijrahan hanya berlaku di sekitar dirinya sendiri atau ahli keluarga sahaja. Itu pun jika tidak bernasib baik, mungkin membuat U-Turn kembali kepada dunia sebelum hijrahnya.

Kalau dibandingkan dengan penghijrahan politik atau keluar parti, tentu saja ada ahli-ahli parti yang turut serta melompat. Jarang kedengaran keluar parti seorang diri. Apatah lagi dalam musim pilihanraya kecil sekarang ni, akan banyaklah berita-berita keluar parti dan masuk parti lawan akan kedengaran.

Dalam kes Sdr. Bob Lokman dan juga artis-artis sebelum ini, tidak pula kelihatan artis-artis atau selebriti lain yang mengikut jejak langkahnya. Tidak juga kelihatan peminatnya yang bersama dengannya. Benarlah Hadith Nabi yang mengungkapkan bahawa Islam itu datangnya dalam keadaan dagang. Adakah dunia seni dan dunia agama di negara kita masih terdapat jurang yang sangat luas? Seni dan agama adalah taboo? 

Maka, elok saja dalam fikiran saya kita mulakan dengan Sdr. Bob Lokman ini. Asasnya adalah untuk membetulkan anak dan keluarganya. Itulah modul dan temanya. Jika beliau terus-terusan muncul di pentas PAS semata-mata, kebimbangan saya adalah beliau akan sibuk dengan urusan politik kepartian sahaja. Apatah lagi dua pilihanraya kecil akan kita tempuhi di samping pilihanraya negeri Sarawak dan pilihanraya umum sudah 'around the corner' bak kata orang kampung saya.

Cadangan saya supaya Sdr. Bob Lokman dimanfaatkan untuk tujuan dakwah sepenuhnya. Tidak kiralah samada kenderaannya adalah Parti PAS ataupun badan dakwah yang lain. Aura yang ada pada Sdr. Bob Lokman mampu untuk mengajak anak-anak muda berkumpul di dalam satu program atau aktiviti yang berteraskan Islam. Beliau sendiri perlu segera melatih diri untuk menjadi penceramah dakwah yang boleh menyuntik input-input agama dalam diri anak-anak muda.

Kita memang sudah ada banyak modul agama untuk diterapkan kepada masyarakat. Kita sudah ada banyak program agama yang dianjurkan. Malah kita juga sudah ada ramai pendakwah yang popular untuk bercakap mengenai agama kepada masyarakat. Tetapi, yang kita masih belum betul-betul ada ialah 'crowd puller' yang kalau dia sekali petik jari saja beratus-ratus orang akan datang kepadanya. Asalnya datang sebab sosok tubuh yang beraura itu akhirnya akan berubah kepada menghayati mesej agama yang disampaikan dalam program-program dakwah tersebut.

Jika ini berjaya dilakukan, sememangnya terbukti bahawa dakwah bukan lagi milik mutlak pertubuhan dakwah semata-mata. Impaknya akan lebih terasa dan masyarakat akan berganjak kepada teras agama yang suci.

7 maklum balas:

Jejaka Desa said...

Same2 la kite hijrohkan diri kearoh yang lebih baik....

Sham said...

Takbirrr...!

APAN said...

agak terkejut gak dulu 1st time tau pasal ni...
papepun bagus la kalo beliau btol2 ikhlas nak berubah...
tunggu dan lihat je la pe yg berlaku...
:)

Wattie said...

Salamm
Semua yg berlaku adalah diatas kehendakNYA jua.....alhamdulillah..

Hisyam Muhibah said...

Terima kasih atas ulasan semua

ozzy said...

Assalam..

Pada awalnya nampak 'cantik' perubahan tersebut tapi lama kelamaan ia semakin cacat krn membabitkan politik & lebih cacat lagi apabila ia turut menyakiti hati rakan2 yg lain.Seeloknya dia perbetulkan dirinya keluarganya dulu sehingga betul2 perfect!.

Hisyam Muhibah said...

Sdr. Ozzy - itu lah sebabnya harapan awal saya ialah supaya Bob Lokman hanya menjadi crowd puller sahaja, bukanlah menjadi penceramah utama.

Post a Comment

Powered by Blogger.