02 February, 2011

Panduan Laluan Alternatif ke Kelantan - Elakkan Kesesakan di Bentong dan Raub


Musim cuti perayaan tiba lagi. Seperti biasa jumlah kenderaan akan meningkat di atas jalan raya. Semuanya mahu pulang ke kampung memanfaatkan cuti umum perayaan bersama keluarga tercinta.

Kesesakan di bandar Bentong dan Raub dijangka akan berlaku pada hari ini bermula tengahari sehingga tengah malam. Diharap pemandu-pemandu ke Kelantan boleh menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan yang membosankan dan memenatkan.

Maklumat lanjut mengenai laluan alternatif boleh rujuk dalam entri berikut :
  1. Khusus untuk bandar Raub, laluan alternatifnya rujuk Peta Laluan Alternatif Bandar Raub.
  2. Untuk bypass bandar Bentong dan Raub, laluan alternatifnya rujuk Laluan Alternatif ke Kelantan Merentasi Bandar Bentong dan Raub.
Selamat memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamat.

Keterangan Gambar : Salah satu mercu tanda bandar Raub. Bas KEAT yang sudah puluhan tahun memberikan perkhidmatan kepada penduduk Raub khususnya laluan Bandar Raub - Hospital - Bukit Koman. Sumber gambar ambil dari sini.

1 maklum balas:

Yastro said...

Hahahah...bas keat/kiat tu mmg ikon bandar raub. Walaupun x penah naik...tp memori tu tak akan padam...

Post a Comment

Powered by Blogger.