21 February, 2011

Ramalan Calon PRK DUN Kerdau


Akhbar Sinar Harian semalam memaparkan senarai pendek calon PAS dan UMNO-BN untuk PRK DN Kerdau. Walaupun katanya Pakatan Rakyat (PR) masih belum bermesyuarat untuk menentukan parti manakah yang akan bertanding, tetapi ikut sajalah konvensyennya. Kalau mesyuarat pun sudah tentulah PAS juga yang akan bertanding di Kerdau.

Signifikan PAS di Kerdau adalah sangat besar. Ini kerana di sanalah markas utamanya untuk negeri Pahang didirikan. Di sana juga adalah kawasan Naib Presidennya iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Ketua Pemudanya Ustaz Nasruddin juga datang dari negeri ini. Malah calon PRU12 dulu adalah Ketua Penerangan PAS Pahang. Maka, PAS di Kerdau mempunyai calon-calon heavyweight. Calon popular, calon berjawatan dalam parti.

UMNO-BN pula tidak kurang hebatnya. Tuan Syed Ibrahim merupakan Naib Ketua Bahagian Kuala Krau juga merupakan Pegawai Khas MB Pahang. Ustaz Rezwan pula bekas YB di sana selama 2 kali pilihanraya (pernah ada PRK di tempat sama dengan nama DUN Sanggang). Manakala Razak pula SU Bahagian yang mula meningkat naik (berlatar belakang pendidikan undang-undang).

Disebabkan PAS sudah tentu akan menurunkan otai mereka sebagai calon, maka UMNO-BN juga perlu meletakkan calon yang setara hebatnya!

Maka, ramalan saya : PAS akan mencalonkan Naib Presidennya, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Manakala, UMNO-BN akan menurunkan muka baru yang hebat iaitu Naib Ketua Bahagian Kuala Krau, Tn. Syed Ibrahim Syed Ahmad.

11 maklum balas:

the faceblog said...

awalnye update blog eck.hisyam..

APAN said...

huhu...payah nak wat entri gini...
banyak research ni...
well done!

cemomoi said...

buat le pilihan atas landasan iman bukan tepuk dada tanya selera

Hisyam Muhibah said...

faceblog - bagi lah komen sikit

APAN - takdak lah susah mana, entri biasa saja ni

cemomoi - setuju

smtabi'in said...

Tahniah.... satu cubaan permulaan yang sangat bagus... teruskan usaha...

Hisyam Muhibah said...

Tabiin - permulaan apa tu?

mykhalis said...

semoga yang benar2 berkhidmat untuk rakyat menjadi calon..

Hisyam Muhibah said...

mykhalis - rakyat memang berharap begitu

humbleyat said...

saya kenal En,Razak, seorg pengamal perundangan di Kuantan..background die pun agak bagus..tapi terpulang kpd rakyat untuk mengundi yg terbaik..:-)

ozzy said...

Assalam..

Siapapun yg menang harap dpt jalankan tanggungjawab dan amanah pada rakyat.

Hisyam Muhibah said...

humbleyat - ya, saya sempat dengannya di uiam dulu.

ozzy - itu harapannya

Post a Comment

Powered by Blogger.