25 February, 2011

Ramalan Dua Ibrahim Tidak Menjadi


Sebelum ini saya meramalkan akan berlakunya pertembungan 2 Ibrahim di DUN Kerdau. Rupa-rupanya ramalan tidak menjadi. PAS semalam mengumumkan Hasanuddin Salim sebagai calonnya di Kerdau.

Begitulah dunia politik. Hanya pemain-pemain politik sahaja yang memahami betapa sukarnya membuat ramalan terhadapnya. Orang luar politik hanya mampu membuat andaian berdasarkan persepsi dan spekulasi. Ternyata, persepsi dan spekulasi sangat berguna untuk memanaskan dunia politik di negara kita ini.

Setakat ini belum jelas lagi samada ada calon yang akan bertanding menggunakan tiket bebas. Walaupun di kalangan UMNO sudah ada sok sek sok sek mengatakan mungkin ada calon bebas dari kalangan mereka. Kita tunggu saja hari penamaan calon esok.

Buat kedua-dua calon, diucapkan Selamat Maju Jaya.

2 maklum balas:

akuanakpahang said...

Salam, kita boleh meramal siapa sahaja namun ketentuannya hak Allah jua.

Hisyam Muhibah said...

En. Yassin AAP - dalam banyak2 ramalan, ramalan politik adalah yang paling menarik

Post a Comment

Powered by Blogger.