28 February, 2011

Signifikan DUN Kerdau dan Merlimau

Kempen masuk hari ketiga dengan jentera parti-parti yang bertanding menggandakan usaha memikat dan merayu undi daripada pengundi. Tidak cukup sekadar calon dan jenteranya sahaja, maka turut hadirlah sekalian panglima politik daripada semua parti turut menggerakkan kempen. Apa yang penting, mesej dan manifesto perlu disampaikan sebaiknya untuk pengundi-pengundi membuat penilaian sebelum memberikan tanda pangkah mereka.

Pada pandangan saya, 3 perkara yang menjadikan PRK DUN Kerdau dan Merlimau mempunyai signifikannya tersendiri.

Pertamanya, khusus di DUN Kerdau, ini adalah PRK di negeri Perdana Menteri sendiri. Maka sudah pastilah imej 'negeri PM' akan menjadi pertaruhan. UMNO-BN perlu berusaha bersungguh-sungguh supaya 'negeri PM' tidak terpalit dengan catatan sejarah yang buruk. Imej PM perlu dijaga sehabis baik. Jika tidak, moral parti akan merudum. Bagi pihak PAS-PR pula, ini lah masanya untuk mencalitkan lumpur di 'negeri PM' ini. Usaha mereka menjurus ke arah 'faktor PM' bukan menjadi penentu dalam PRK DUN Kerdau ini. Sasaran mereka untuk mengulangi kemenangan PR di Pulau Pinang semasa PRU12 sekaligus mencemarkan imej PM pada ketika itu - negeri PM sendiri tumbang kepada pembangkang!

Keduanya, Pahang dan Melaka dianggap sebagai kubu kuat UMNO-BN sejak sekian lama. Walaupun terdapat beberapa kerusi DUN kedua-dua negeri itu jatuh ke tangan pembangkang, kuasa 2/3 masih solid pada UMNO-BN. DUN Pahang yang mempunyai 42 kerusi dikuasai BN dengan 38 berbanding 4 sahaja di tangan PR. Manakala di DUN Melaka pula, daripada 28 kerusi semuanya, BN menguasai 23 berbanding 5 pada PR. Maka sudah tentu, rekod cemerlang BN ini mahu dipertahankan. PR pula sudah tentu mahu meruntuhkan tembok monopoli politik di kedua-dua negeri ini. Jika PR memenangi PRK kali ini, itu sudah cukup untuk memberikan isyarat bahawa kubu kuat sudah mula dirobek.

Ketiganya pula ialah pada tarikh PRK itu sendiri iaitu 6 Mac 2011. Pada 8 Mac 2011 genaplah 3 tahun tsunami politik pada PRU12 yang lalu. Fenomena Asal Bukan UMNO (ABU), Asal Bukan BN (ABB), pengundi muda yang membentuk sikap politik tersendiri, pengundi atas pagar terus menjadi 'silent factor', undi kaum Cina yang sangat bernilai, PR menang Parlimen BN menang DUN di kawasan yang sama, serta faktor media baru menyebarkan maklumat - menjadi identiti kepada PRU12 lalu. Maka, selepas 3 tahun, adakah tsunami masih lagi kuat menghentam pantai dan daratan ataupun ianya sudah surut atau benteng pemecah ombak sudah dibina semula? Sudah tentulah PRK DUN Kerdau dan Merlimau ini akan dijadikan ukuran untuk menyemak semula mood pengundi selepas 3 tahun genapnya tsunami politik yang cukup signifikan dalam sejarah itu.


9 maklum balas:

the faceblog said...

fuyoo... terer ar cnck.hisyam
cam penganalisis politik plak bila baca post enck hisyam nie. =)

Hisyam Muhibah said...

so, bagi lah komen sikit pada entri tu..

Jejaka Desa said...

Inilah mase orang Kerdau nok menaik taraf tempat mereke.Tapi jage,ande gule tawo sekarang ni.

zulkbo said...

salam...
saya setuju dengan anda...Memang faktor pengundi atas pagar memainkan peranan besar pada setiap PRU@PRK..
tetpi nampak gaya sekarang ini ketandusan isu menjadikan BN lebih popular..saya secara peribadi mahukan pembangkang menang dalam 1-2 kerusi PRK agar pemerintah tidak terlalu selesa..

akuanakpahang said...

Salam, semoga mereka di kedua DUN dapat memilih yang tebaik utk mereka dan slmat mengundi pada mereka disana.

cemomoi said...

kempen jangan sampai gaduh sesama sendiri sudoh la... kang ayam sabung menang kampung lak tergadai

relevan said...

Terbaik bagi yang akan menang nanti..

selalunya bagi pekan kecil begini parti yang memerintah sekarang akan menang..

kecuali bandar bandar besar..

the faceblog said...

ingat mmg nak bagi komen.. tp x brapa mnt & pndai sngat bak politik2 nie.. :)

Hisyam Muhibah said...

Jejaka Desa - masa ni, mintak je mesti dapat :-)

Zulkbo - saya tak pasti samada pengundi atas pagar bilangannya ramai kalau kawasan tu DUN luar bandar macam Kerdau. pengundi tempatan luar bandar memang mempunyai sikap politik yang jelas. mungkin pengundi2 luar yang balik mengundi lah kot kita katakan sebagai pengundi atas pagar di DUN Kerdau.

akuanakpahang - harap2nya begitu lah

cemomoi - kempen biar berhemah

relevan - ya, biasanya begitu lah

faceblog - cuba2lah belajar dan memahami politik negara

Post a Comment

Powered by Blogger.