23 March, 2011

6 Tahun Untuk Generasi Baru Belia Malaysia


Adalah tidak memeranjatkan apabila Menteri Belia dan Sukan memaklumkan bahawa definisi belia di negera ini akan diubah menjadi "usia di antara 18 - 25 tahun". Laporan Utusan Online yang berikut menjelaskan lagi hasrat penting tersebut :

KUALA LUMPUR 22 Mac - Belia disaran bersedia menerima tafsiran umur baru bagi golongan tersebut iaitu daripada 18 hingga 25 tahun berbanding 18 hingga 40 tahun sekarang. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tafsiran baru itu selaras dengan piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang digunakan oleh kebanyakan negara. "Tafsiran baru itu penting dalam usaha melahirkan lebih ramai pemimpin muda menjelang 2020," katanya selepas merasmikan Seminar Semakan Akta Pembangunan Belia di sini hari ini. Jelas Ahmad Shabery, kementeriannya akan memastikan tafsiran umur baru itu diaplikasikan sebelum 2017. "Kita mempunyai enam tahun lagi untuk bersedia. Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan tafsiran baru ini diterima semua," katanya.

Setahun dua ini perbincangan yang serius telah berjalan mengenai definisi umur belia yang sebenar. Malaysia mengguna pakai 18 - 40 tahun sebagai entiti belia dalam masyarakat. Namun, apabila dibandingkan dengan definisi antarabangsa atau yang digunapakai di negara lain, ianya jauh berbeza. Rujuk kepada maklumat dalam Wikipedia seperti berikut :
  • "Youth... those persons between the ages of 15 and 24 years." - United Nations General Assembly
  • "Time in a person's life between childhood and adulthood. The term "youth" in general refers to those who are between the ages of 15 to 35." - World Bank.
  • The Commonwealth Youth Programme works with "young people (aged 15-29)."
  • "A person... under 21 years of age." - National Highway Traffic Safety Administration
  • "People between the ages of 14 and 21." - Wilson School District
  • "Youth; an individual from 13 through 19 years of age." - Alternative Homes for Youth, Inc
  • "Youth is defined as any member of society between the ages of 15 and 34" - The Danish Youth Council
Semasa Akta Pembangunan Belia 2007 digubal, dibahas dan akhirnya digazetkan untuk dikuatkuasakan, pelbagai polemik telah wujud. Peralihan kepimpinan yang tidak lancar, penyerahan aset dan harta pertubuhan belia, stigma belia lesu yang tidak dipulihkan adalah antara isu berbangkit. Namun selepas setahun setengah pelaksanaannya, pertubuhan-pertubuhan belia telah berjaya menggerakkan aktiviti serta menguruskan sekretariat mereka dengan baik.

Justeru, peralihan definisi belia kepada 18 - 25 tahun dalam masa 6 tahun lagi sudah tentu memerlukan persediaan yang secukupnya. Pengalaman menguatkuasakan akta baru-baru ini harus dijadikan iktibar.

Namun, apa yang lebih penting ialah : Generasi Baru Belia Malaysia haruslah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan pertubuhan belia di negara kita. Anak-anak muda yang pada masa sekarang berusia 21 tahun dan ke bawah akan menjadi pelapis baru pemimpin belia pada masa depan.


2 maklum balas:

mykhalis said...

masa umur 25 tahun dulu cakap sampai 40..beria aku cari kekayaan dan kejayaan, bila dah mula nak berbakti, sampai 25 je..terlepas..dah kene masuk golongan veretan..huh

hottest entry di blog khalis :
Filem Titanic 3D james camaroon mungkin dibuat sempena ulangtahun kejadian itu

Bentuk speaker yang cool dan menarik

Hisyam Muhibah said...

mykhalis - kita ada masa lagi 6 tahun sebelum definisi baru bawah 25 digunakan di Malaysia. Sempat lagi tu nak berbakti sebelum betul2 jadi veteran belia

Post a Comment

Powered by Blogger.