25 March, 2011

Antara Untung-Rugi dan Tanggungjawab Sosial, IPTS Tersepit


Memang ada benarnya apa yang diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online pada hari ini. Antara lain, laporan itu menyebut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tidak sepatutnya menjadi gedung yang hanya mengaut keuntungan tanpa melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Namanya sahaja sudah 'swasta' yang tentu dikaitkan dengan faktor untung-rugi. Penyedia perkhidmatan tinggi swasta adalah pemain industri pendidikan pengajian tinggi. Mereka memiliki modal. Modal dilaburkan dalam bentuk perkhidmatan pengajian tinggi. Seterusnya, mengaut keuntungan daripada yuran pengajian yang dibayar oleh pelajar-pelajar mereka.

Tanpa sebarang sokongan kewangan, semua urusan kewangan adalah berpunca sepenuhnya daripada yuran yang dikenakan kepada pelajar. Tidak hairanlah yuran di IPTS jauh lebih tinggi berbanding IPTA. Yuran itulah yang digunakan untuk membayar gaji pensyarah dan staf, membayar KWSP dan PERKESO, membayar bil utiliti, membayar yuran francais dan lain-lain. Sudah tentulah sejumlah keuntungan sudah diambil kira selepas membuat semua pembayaran.

Maka, dengan kedudukan kewangan yang bersumber daripada satu punca sahaja, sudah tentu ada perkiraan tertentu yang perlu dikorbankan. Kita biasa dengar ada IPTS yang beroperasi di premis sewaan atau rumah kedai, IPTS tidak menyediakan penginapan kepada pelajar, IPTS tiada kegiatan ko-kurikulum atau IPTS yang kemudahan fizikalnya disediakan sekadar seadanya.

Perkara-perkara selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dikurangkan atau ditiadakan langsung. Ini kerana semua itu akan meningkatkan kos. Meningkatkan kos bermakna mengurangkan keuntungan.

Inilah dilema utama IPTS. Walaupun IPTS memang mampu melahirkan graduan-graduan yang berkemahiran tinggi, namun sisi tanggungjawab sosial IPTS masih jauh tetinggal di belakang. IPTS tidak mampu untuk menyeimbangkan antara tuntutan untung-rugi dengan tanggungjawab sosialnya selagi sumber pendapatnnya hanya berpunca daripada yurang pengajian semata-mata.

Sehingga akhirnya, IPTS akan terus dilabelkan sebagai pusat mengaut keuntungan tanpa menyumbang ke arah pembinaan sosial masyarakat yang lebih baik.

3 maklum balas:

Sham said...

dah namanya swasta...money first la jawabnya...

Yastro said...

Dlm paper hr ni kot, ader berita kolej swasta kene sita sbb guna software pirate.....

Hisyam Muhibah said...

sham - begitulah keadaannya

yastro - nak kurangkan kos operasi sampai langgar peraturan

Post a Comment

Powered by Blogger.