10 March, 2011

Buku : Dunia Tanpa Sempadan






Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 atau ringkasannya KLIBF 2011 akan kembali menemui peminat-peminatnya. Tarikhnya ialah pada 22 April sehingga 1 Mei 2011. Tempatnya seperti biasa di PWTC, Kuala Lumpur.

Dengan mengangkat tema Buku : Dunia Tanpa Sempadan benar-benar menggambarkan bahawa isi kandungan buku sememangnya akan membawa pembacanya berada pada dunia globalisasi tanpa sempadan. Tabiat membaca akan menambahkan pengetahuan. Pengetahuan yang tidak terhad kepada lokaliti setempat sahaja. Malah, bahan-bahan dan judul-judul berkaitan dunia dan keseluruhan isinya boleh didapatkan di dalam buku. Maka, pembaca buku mampu menempatkan diri mereka dalam dunia tanpa sempadan ini.

Insya Allah, dengan doa semoga tiada aral melintang, saya akan hadir ke KLIBF 2011 nanti.

Maklumat lanjut mengenai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 boleh didapati dari laman web rasminya di http://www.klibf.com.my.

5 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
buku berilmiah sumber ilmu
tapi belajar agama tetap memerlukan guru tidak boleh buku semata2..nanti lain pula pemikiran dan terjemahan sendiri pula..tak gitu Hisyam?

akuanakpahang said...

Salam, membaca jambatan ilmu bagus banyak membaca.

Pustaka NurIman said...

buku + guru supaya tak sesat

humbleyat said...

salam..kalau ada buku yang menarik kongsikan bersma-sama yerk:-)

Hisyam Muhibah said...

En. Zulkbo - setuju. belajar agama mesti pertahankan budaya 'berguru'

En. Yassin AAP - setuju

Pustaka - setuju

Humbleyat - InsyaAllah

Post a Comment

Powered by Blogger.