28 March, 2011

IPTS Mana Yurannya Murah?


Banyak perkara boleh dibincangkan mengenai IPTS. Ini kerana perkataan IPTS itu sendiri sudah menjadi stigma yang membawa label tersendiri. Label itu sudah tentu lebih banyak negatif daripada positifnya.

Sebab itulah dalam entri mengenai dilema IPTS yang dituntut menunaikan tanggungjawab sosial tetapi perlu memikirkan untung-rugi sebagai penentu 'survival'nya, isu pokoknya adalah yuran yang dikenakan. Selagi yuran menjadi punca utama pendapatan sesebuah IPTS, maka sudah tentulah kos-kos lain perlu dikurangkan. Dalam konteks ini, menyediakan perkhidmatan untuk dijadikan tanggungjawab sosial perlu dikurangkan jika tidak ditiadakan terus.

Namun, perlu dijelaskan di sini, sebenarnya masih ada IPTS yang yurannya MURAH. Kalau tidak lebih murah daripada IPTA, jumlah tak jauh beza dengan yuran IPTA. Kenapa ada IPTS boleh mengenakan yuran yang rendah? Jawapannya, sudah tentulah adalah sokongan kewangan daripada sumber-sumber yang tetap.

Sebagai contoh paling relevan, tinjaulah IPTS-IPTS milik kerajaan negeri, contohnya KIPSAS di negeri Pahang yang tercinta ini. Dengan bantuan geran tahunan oleh kerajaan negeri, sedikit sebanyak kos operasi KIPSAS seperti bayaran gaji pensyarah dan kakitangannya tidak perlu diambil daripada yuran pengajian sepenuhnya. Ini bermakna, yuran pengajian tidak perlu di'mark up' terlalu tinggi bagi menyediakan perkhidmatan pengajian tinggi.

Sehingga hari ini purata yuran untuk program-program diploma di KIPSAS ialah di sekitar RM15,000 untuk 3 tahun pengajian. Yuran ini termasuk kemudahan asrama untuk semua pelajar.

Maka, sudah tentulah selain daripada kualiti program yang diwatarkan, kampus yang kondusif, kemudahan yang serba lengkap, yuran yang berpatutan seperti di KIPSAS juga perlu menjadi pertimbangan utama untuk meneruskan pengajian di IPTS.



6 maklum balas:

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, masih murah lagi kalau 15K utk 3 tahun...

the faceblog said...

pomot nmpk..hehehe

relevan said...

pas SPM kerja jer..tak pening nak pikir hutang belajar nanti..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kena tambah jumlah tabungan anak2lah jawabnya...

Hisyam Muhibah said...

Sari - yep, memang masih murah

Faceblog - kamu pun mesti promot juga

relevan - masing2 buat pilihan

azrina - tabungan untuk masa depan anak2 yang bebas hutang belajar

cik mardiah said...

Salam,, ipts Selain Dr kipsas???

Post a Comment

Powered by Blogger.