01 March, 2011

'Last Minute' Yang Sangat Sebati


Semalam adalah hari terakhir tawaran 50% potongan bayaran saman PDRM. Seperti biasa, semua kaunter PDRM dan Pejabat Pos penuh sesak dengan orang ramai yang mahu menjelaskan saman tertunggak mereka. Walaupun terpaksa beratur panjang dan menunggu lama, itu tidak menjadi soal. Apa yang penting, kurangan 50% daripada saman mesti didapatkan.

Begitulah budaya 'saat akhir' masyarakat kita. Adakah ianya menjadi identiti rakyat Malaysia? Atau ia hanya didorong oleh sikap negatif dalam diri? Atau mungkin juga ada alasan-alasan lain yang akan dijadikan justifikasi untuk membenarkan mereka bersikap 'last minute'.


Dalam buku "Mengurus Kerja Dan Waktu; Hanya Orang Sibuk Sahaja Ada Masa' tulisan Ahmad Fadzli Yusuf (2007), penulisnya menerangkan tentang sikap suka bertangguh. Menurutnya, orang yang bersikap begini tidak hirau dengan tarikh akhir, mengambil mudah dengan masa dan beranggap semua orang lain boleh menunggu dirinya. Orang sedemikian gagal dalam menentukan prioriti kerana merasakan dia sentiasa mempunyai cukup masa walhal sebaliknya. Tiada apa yang disusun kerana semuanya dibuat pada saat-saat akhir.

Ini lah antara lain menyebabkan kaunter-kaunter PDRM dan Pejabat Pos mengalami kesesakan luar biasa. Apabila tugas yang sepatutnya diselesaikan sejak dari dulu ditangguhkan ke saat akhir, maka kesan-kesan negatif terpaksa dihadapi. Urusan rutin harian perlu diubah semata-mata hendak menuju ke kaunter PDRM. Terpaksalah juga kaunter Pejabat Pos dibuka pada hari Ahad sedangkan hari tersebut sepatutnya cuti hujung minggu. Keadaan sesak boleh mencetuskan ketegangan dan perselisihan faham, lebih buruk mungkin menyebabkan pergaduhan. Sistem Maklumat secara online juga sudah tentu 'down' kerana hit capaian yang tinggi menyebabkan sesak pada servernya.

Namun dalam isu membayar saman PDRM di saat-saat akhir ini perlu juga dilihat daripada sudut orang ramai. Bezanya last minute bayar saman dengan last minute buat kerja seharian ialah faktor duit wujud di situ. Untuk menjelaskan saman yang bayarannya antara RM150 hingga RM300 untuk setiap saman itu, orang ramai perlu menyediakan duit secukupnya. Apabila melibatkan hal duit, maka manusia akan menjadi liat sedikit. Bukan semata-mata tidak mahu membayar, tetapi duit mereka memang sudah sedia diperuntukkan untuk belanja-belanja lain yang sudah tetap. Belanja seperti ansuran rumah, ansuran kereta, hutang pinjaman peribadi, hutang kad kredit, bayaran taska dan tadikan anak, belanja dapur, bil telefon dan Internet, dan lan-lain.

Mungkin inilah sebabnya, orang ramai menangguhkan pembayaran saman mereka. 

Dalam masa yang sama memang ada juga yang menunggu saat-saat akhir. Mereka memang sudah tahu yang PDRM sudah pasti akan membuat 'big sales' untuk mengutip duit-duit saman ini. Diskaun sehingga 50% akan diberikan untuk menarik perhatian orang ramai. Jadi, buat apa nak bayar amaun penuh sedangkan pada hujung tahun atau pada masa-masa tertentu, sudah pasti PDRM akan membuat jualan murah mereka. Tunggu sajalah masanya, ketika itu selesailah semua saman tertunggak.

Nota : klik gambar untuk sumbernya


7 maklum balas:

: husna : said...

tergolong dlm manusia yg suka buat keje last minute jugak...aish -.-"

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,
Kerja last minit nih amat merbahaya, boleh naik darah dibuatnya....

zulkbo said...

salam..
bukan sebati aje lagi
dah jadi darah daging gamaknya
semalam nampak di post opis..
dah pukul 6 kauter patut tutup
pukul 5 petang..sampai security
kena halau..he he

akuanakpahang said...

Jangan cari pasal last2 minit nie menyusahkan diri aje :(

Mohamadazhan hjDesa said...

dah jadi rutin...susah mau buang orang kito ni

humbleyat said...

habit last minit?bukan sahaja urusan saman..malah kesemuanya..

kadang2 cukai tanah bertahun2 tertunggak!akibat sifat suka bertangguh..sifat bertangguh itu dtgnya dari syaitan kan? huhu

Hisyam Muhibah said...

Husna - ada masa last minute memang berkesan. tapi kebanyakan masa, tak berkesan pun

Kak LL - orang darah tinggi jangan buat kerja last minute!

En. Zulkbo - nak ubah sikap memang susah. perlukan regim untuk memaksakannya

En. Yassin AAP - betul, jangan cari pasal

Mohd Azhan - ubah tetap kena ubah. walaupun susah.

Humbleyat - ya, bertangguh kerja lah puncanya. sedangkan hadith dah ajar kita kalau di waktu pagi jangan tunggu waktu petang

Post a Comment

Powered by Blogger.