04 March, 2011

Pasangan Islam Bercerai Setiap 15 Minit; Perkasakan Kursus Pra-Perkahwinan


Laporan Utusan hari ini mengenai statistik JAKIM tahun 2009 merekodkan setiap 15 minit satu pasangan Islam bercerai adalah membimbangkan. Statistik perceraian itu terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda. Kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

Kalau hendak dibincangkan, banyaklah sebab yang menjurus ke arah masalah ini. JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri sudah tentu mempunyai rekod sebab-sebab penceraian masing-masing. Mengkaji sebab berlakunya masalah adalah langkah reaktif. Perkara sudah berlaku. Hasil kajian hanya digunakan untuk tujuan rekod dan pelaporan sahaja.

Maka, perlulah kita lihat dari sudut pencegahan. Senarai 1001 macam sebab sudah ada. Maka, perlulah dicarikan punca berlakunya sebab-sebab penceraian tersebut. Timbul pula persoalan, jika punca sudah ditemui, modul latihan sudah dibina, di manakah hendak dilaksanakannya?

Sudah tentulah saya mencadangkan supaya pengisian dalam kursus pra-perkahwinan perlu disemak semula. Kursus seumpama ini tidak boleh dianjurkan hanya sekadar melepaskan batok ditangga. Penyampaiannya hendaklah sentiasa disemak, diukur dan diberikan penggredan bagi memastikan kualitinya. Kandungan kursus juga perlu dipertingkatkan dengan memasukkan isu-isu selepas mendirikan rumah tangga.

Kursus Pra-Perkahwinan dilihat sebagai pintu pertama untuk mendirikan rumah tangga. Maka pelaksanaannya haruslah dinamik sesuai dengan keadaan semasa. Sesi ceramah 1 hala sudah tidak sesuai lagi. Maka perlulah diubah dengan kaedah 'master trainer' atau latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator. Perbincangan, modul, simulasi, senario perlu dilakukan dalam LDK. Bukan lagi ceramah yang disampaikan dengan hanya membaca buku panduan yang dibekalkan kepada peserta-peserta kursus sahaja.

Perlu ditambah satu sesi perbincangan mengenai isu-isu rumah tangga pasa masa kini. Berikan ruang kepada peserta kursus untuk memberikan pandangan mereka terhadap isu penceraian, pengurusan ekonomi keluarga, perancangan pendidikan anak-anak, komunikasi antara pasangan, hubungan dengan keluarga mertua, tekanan kerjaya dan lain-lain. Gambaran awal diberikan kepada bakal pengantin mengenai isu-isu yang 'real' akan berlaku selepas mendirikan rumah tangga.

Selain itu, perlu diberikan penegasan juga terhadap aktiviti kerohanian sepanjang kursus dijalankan. Kursus perlulah bermalam dan solat berjemaah adalah diwajibkan. Menjadi pelik bin ajaiblah apabila menganjurkan kursus atau program agama, aktivit solat berjemaah tidak diberikan penekanan. Malah lebih ironi jika kursus dianjurkan di dewan masjid, apabila azan dilaungkan, peserta-peserta berbondong-bondong meninggalkan kawasan masjid menuju ke bandar atau pulang ke rumah!

5 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
memang sedih dan menakutkan
bila membacanya..tapi kita tetap
kena face realiti..bukan silap sistem..tapi silap diri yang tidak mempraktiskan islam dalam hidup..

akuanakpahang said...

Kaco jadi gitu... mungkin juga kurang ilmu nikah kawin cuma byk ilmu utk bersedap2 sahaja :(

APAN said...

agak mengejutkan gak statistik penceraian skang ni...
dlm family aku pun pernah berlaku mende gini...
harap2 kekal la jodoh aku lak nanti...
:)

humbleyat said...

itulah realiti, di firma tempat sy bekerja, dlm sebulan ada 100 lebih kes penceraian dibuka..dan yg lebih menyedihkan perkahwinan itu hanya mampu bertahan tak sampai setahun .

faktor utama ekonomi, tanggunjawab dan tiada toleransi..
nauzubillahimin zalik

baru2 ini penceraian termuda hanya si isteri berumur 19tahum kahwin tak sampai setahun.

Hisyam Muhibah said...

En. Zulkbo - betul tu. nak selamat hidup mesti ada ilmu. perkahwinan juga satu ilmu yang perlu dikuasai. saya berani sebut, perceraian yang tinggi kerana rendahnya ilmu nikah kahwin dan kekeluargaan Islam

En. Yassin AAP - sebab itulah saya sarankan kursus pra-perkahwinan dikaji semula

APAN - doa aku untuk kamu, insyaALlah bahagia

Humbleyat - elok juga kamu masukkan entri2 kes keluarga Islam ni dalam blog kamu tu. biar kita semua berkongsi manafaatnya

Post a Comment

Powered by Blogger.