30 April, 2011

Buku "Qazaf : Menjawab Fitnah" Untuk Pendidikan Ummat


Semasa kekecohan selepas Solat Jumaat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul untuk menghalang sesi sumpah laknat, ada sebuah buku yang dijulang oleh Ketua AMK dan ditunjukkan kepada orang ramai. Buku itu juga dikatakan diserahkan kepada Pengarah JAWI di masjid tersebut, malah laporan berita juga mengatakan buku itu juga diserahkan kepada wakil Dato' T yang melafazkan sumpah itu.

Buku ini habis terjual dalam masa dua minggu selepas diterbitkan. 3000 naskah pertamanya sudah tersebar di serata negara. Sekarang dalam proses cetakan kedua. Buku terbitan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ini diterbitkan tepat pada masanya. Ianya diterbitkan bagi tujuan untuk mendidik ummat mengenai Hukum Qazaf yang diperuntukan dalam undang-undang Islam sebagai jawapan kepada perbuatan fitnah yang berleluasa pada masa sekarang.

Buku ini juga sudah di'bedah' di dalm slot Duniaku Buku Radio IKIM.fm. Anda boleh membaca catatan perbincangannya di sini. Dikatakan selepas siaran di Radio IKIM.fm ini, jualannya laris mendadak sehinggakan perlu diulang cetak kali kedua.

Saya sendiri belum berpeluang untuk memilikinya. InsyaAllah cetakan kedua nanti pasti dimiliki.

Berikut adalah catatan dalam laman web ABIM Pusat mengenai buku tersebut, anda juga dijemput melayarinya :

................................................................
Buku ini menghimpunkan karya tokoh-tokoh ulama Islam semasa tentang hukum Qazaf dan bahaya Budaya Fitnah yang berleluasa sekarang. Sejak tahun 1990-an hingga ke hari ini, fitnah seakan-akan menjadi santapan masyarakat. Media arus perdana samada tv dan akhbar mahupun media baru - blog, facebook, twitter dan seumpamanya seolah-olah bersaing menyebarkan versi fitnah masing-masing.

Zaman ini seakan-akan membenarkan andaian penyair Indonesia, Rangga Warsita (dibaca Ronggo Warsito) yang memperkenalkan istilah Zaman Edan! (zaman gila), apabila fitnah dibenarkan berleluasa menyebarkan keburukan sesiap sahaja, apa lagi musuh politik masing-masing. Kebenaran sukar dipastikan, bahkan diselewengkan dengan pelbagai cara.

Qazaf atau perbuatan menuduh zina atau liwat kepada seorang berakhlak mulia, apa lagi terhadap pemimpin yang selama ini dilihat bersih amat tidak munasabah. Qazaf adalah sebahagian daripada Hukum Jinayat Islam yang amat ketat prosedurnya kerana Allah S.W.T. sendiri menetapkan di dalam al-Qur'an yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan. Dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik'"

Bagi menjelaskan hukum qazaf dalam konteks undang-undang Islam, tokoh-tokoh ulama kotemporari berganding bahu mengeluarkan fatwa dan pandangan tentang perbuatan menyebarkan fitnah di kalangan umat Islam di negara ini. Tulisan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Dr. Wahbah al-Zulhayli, Sheikh Dr. Taha Jabir al-Alwani, Dr. Halim El-Muhammady, Ustaz Rivai Batubara, dan pendirian bersama ABIM-WADAH-PKPIM dihimpunkan dalam buku ini untuk tujuan tersebut. Pandangan ini bukan sahaja untuk berusaha untuk menjawab isu fitnah, tetapi juga menjelaskan fakta hukum Qazaf sebagai rujukan umat Islam.

Demi kebenaran dan keadilan, umat Islam Malaysia patut membaca buku ini supaya tidak terjebak dalam dosa besar kerana menyebarkan fitnah

Untuk mendapatkan buku ini, sila Hubungi Kami di Talian : 03 - 41084500 / 7500 / 3500 atau 013-3916299.



4 maklum balas:

saya afi said...

nice review.. tertarik untuk beli. :)

Hisyam Muhibah said...

Saya Afi - setakat ni sold out

Cikgu Tie said...

rasa tertarik sangat nak beli buku nie.

Hisyam Muhibah said...

Cikgu Tie - InsyaAllah minggu depan cetakan kedua akan siap. Saya juga mahu memilikinya..

Post a Comment

Powered by Blogger.